Muslim Pro - Panduan Pengguna

Online Support for the Muslim Pro mobile app

Syarat Penggunaan

Kemas kini terakhir: 22 Jun 2022

Muslim_Pro_and_Qalbox_Logo.png
Bitsmedia Holdings Ltd, anak syarikat, syarikat gabungan dan syarikat bersekutunya (“Bitsmedia” atau “Kami”) adalah penerbit, pembangun, pemilik dan/atau pengawal aplikasi mudah alih dan perkhidmatan penstriman berikut:-

A. Muslim Pro—utiliti dan aplikasi mudah alih yang membekalkan, antara lain, maklumat tentang waktu solat, jam azan, audio penuh Al-Quran dengan skrip Arab, fonetik, terjemahan, bacaan audio, panduan restoran halal dan masjid, pencari arah kiblat, kalendar Islam Hijrah termasuk perkhidmatan, maklumat, fungsi dan ciri lain yang dibekalkan melalui aplikasi tersebut (“Muslim Pro”). Kini, Muslim Pro menawarkan dua versi aplikasi, iaitu:-

(i) Aplikasi percuma yang disokong oleh iklan; dan
(ii) Perkhidmatan premium berbayar tanpa iklan (“Muslim Pro Premium”)

(Dirujuk secara kolektif sebagai "Muslim Pro")

B. Qalbox—platform penstriman interaktif sedunia yang membolehkan pengguna mengakses dan melihat kandungan yang diperibadikan seperti rancangan televisyen, filem, video dan gaya hidup penganut Islam yang lain serta kandungan audio-visual hiburan (“Kandungan”), termasuk semua ciri, fungsi, alatan, antara muka pengguna, kandungan, perisian hak milik atau perkhidmatan lain yang ditawarkan pada platform dari semasa ke semasa ("Qalbox").

Syarat Penggunaan ini terpakai apabila anda (“anda”, “Pengguna”) menggunakan bitsmedia.com, muslimpro.com, qalbox.com, aplikasi berjenama Muslim Pro dan semua tapak web, komunikasi dan perkhidmatan kami (dirujuk secara kolektif sebagai "Perkhidmatan kami"). Sila luangkan masa untuk membaca Syarat Penggunaan ini dan Perjanjian Lain dengan teliti.

1. PERJANJIAN LAIN

a. Dasar Privasi kami – menghuraikan cara kami mengumpul dan memproses data peribadi anda, cara kami menggunakan dan melindungi maklumat tersebut dan hak anda berkaitan dengan maklumat tersebut;
b. Dasar Kuki kami – menghuraikan kuki yang digunakan pada Perkhidmatan kami, tujuan kami menggunakannya dan cara anda boleh mengawal penggunaannya;
c. Penafian kami – menghuraikan skop hak dan tanggungjawab anda semasa menggunakan Perkhidmatan kami.

Anda mengakui bahawa anda telah membaca, memahami dan menerima Perjanjian Lain ini dan bersetuju untuk terikat dengannya.

2. PENGGUNAAN PERKHIDMATAN KAMI

2.1 Pematuhan Syarat Penggunaan. Pengaksesan dan penggunaan Perkhidmatan kami adalah tertakluk kepada Syarat Penggunaan ini, Perjanjian Lain yang anda persetujui di Bahagian 1 di atas dan mana-mana undang-undang dan peraturan yang terpakai pada Perkhidmatan kami.


2.2 Had Umur. Walaupun kami menyediakan kandungan yang sesuai untuk kanak-kanak, Perkhidmatan kami tidak bertujuan untuk digunakan oleh kanak-kanak tanpa pengawasan dan persetujuan ibu bapa atau penjaga. Jika anda berumur di bawah 13 tahun (atau umur dewasa di negeri, wilayah atau negara tempat tinggal anda), anda tidak dibenarkan mendaftar atau menggunakan Perkhidmatan kami atau memberikan data peribadi anda kepada kami.

2.3 Perjanjian Mengikat. Dengan mendaftar dalam Perkhidmatan kami atau mengakses mana-mana Kandungan, anda telah memasuki perjanjian yang mengikat dengan kami dan mengesahkan bahawa sebarang maklumat yang anda berikan kepada kami adalah benar, tepat dan lengkap pada setiap masa, dan anda:

a. Berumur 18 tahun (atau umur dewasa di negeri, wilayah atau negara tempat tinggal anda), dan anda akur dan bersetuju untuk terikat dengan Syarat Penggunaan ini dan Perjanjian Lain; atau

b. Berumur 13 tahun ke atas tetapi di bawah umur 18 tahun (atau di bawah umur dewasa di negeri, wilayah atau negara tempat tinggal anda), dan ibu bapa atau penjaga anda telah bersetuju untuk anda menggunakan Perkhidmatan kami dan mengakses mana-mana kandungannya. Persetujuan tersebut juga termasuk persetujuan kepada Syarat Penggunaan ini dan Perjanjian Lain yang diberikan kepada anda (termasuk sebarang pengubahsuaian yang anda buat pada akaun anda dengan kami).

2.4 Pengendalian dan Penggunaan Akaun. Anda bertanggungjawab untuk kesemua penggunaan akaun anda, termasuk penggunaan akaun anda oleh ahli keluarga atau kenalan anda yang lain. Dengan membenarkan orang lain mengakses akaun anda atau membuat profil dalam akaun anda, anda bersetuju untuk bertanggungjawab memastikan bahawa mereka mematuhi Syarat Penggunaan ini dan Perjanjian Lain dan anda bersetuju untuk bertanggungjawab ke atas aktiviti mereka semasa menggunakan Perkhidmatan kami.

2.5 Ketepatan Data. Anda mengesahkan dan menjamin bahawa semua data dan maklumat yang anda bekalkan kepada kami adalah tepat dari semua aspek dan anda bersetuju untuk mengemas kinikan data pendaftaran anda dengan segera apabila perlu agar data pendaftaran anda sentiasa tepat pada setiap masa.

2.6 Kemas Kini Perisian. Dengan memuat turun, memasang atau menggunakan Perkhidmatan kami, anda bersetuju untuk menerima kemas kini perisian automatik (seperti yang berkenaan).

2.7 Perisian Perosak. Anda tidak boleh dengan sengaja atau secara lalai memperkenalkan virus atau komponen berbahaya yang lain atau mengusik, memburukkan atau merosakkan Perkhidmatan kami atau rangkaian yang disambungkan, atau mengganggu penggunaan Perkhidmatan kami oleh mana-mana orang atau entiti.

3. LESEN DAN SEKATAN PENGGUNAAN

3.1 Lesen. Kami memberikan lesen tidak eksklusif, tidak boleh dipindah milik, tidak boleh disublesenkan, boleh dibatalkan, dan lesen terhad kepada anda untuk menggunakan Perkhidmatan kami hanya untuk kegunaan peribadi anda sendiri dan tujuan bukan komersial menurut Syarat Penggunaan ini.

3.2 Sekatan. Anda TIDAK boleh dalam apa jua keadaan menggunakan Perkhidmatan kami untuk:
a. menyalin, menangkap, mengeluarkan semula, menduplikasi, mengarkibkan, menjual, mengedar, memuat naik, menghantar, menerbitkan, mengubah suai, menterjemah, menyiarkan, melaksanakan, memaparkan, menyediakan dan berkomunikasi kepada orang ramai, memaparkan secara terbuka, menyewa, memajak, mengeksport, menerbitkan atau mengeluarkan semula Perkhidmatan kami atau mana-mana bahagian daripadanya dalam apa jua bentuk dengan sebarang cara;

b. menyesuaikan, mengubah suai, menyahkompilasi, menyahhimpun, atau mengubah mana-mana Perkhidmatan kami dalam mana-mana format atau saluran media yang kini dikenali atau yang akan direka selepas ini dan/atau melakukan kejuruteraan balikan ke atas Perkhidmatan kami atau mana-mana bahagian daripadanya;

c. melanggar mana-mana hak cipta, tanda dagangan atau notis hak milik lain yang ada pada Perkhidmatan kami atau mana-mana mekanisme pengurusan hak digital, peranti, perlindungan kandungan lain atau langkah kawalan akses yang berkaitan dengan Perkhidmatan kami termasuk mekanisme penapisan geo atau mana-mana privasi, publisiti atau hak milik lain;

d. mencipta sebarang karya atau bahan terbitan yang diperoleh daripada atau berdasarkan Perkhidmatan kami, termasuk montaj, mash-up dan video, kertas dinding, tema desktop, kad ucapan dan barangan yang seumpamanya. Larangan ini terpakai walaupun anda berhasrat untuk memberikan bahan terbitan tersebut secara percuma; dan/atau

e. sekatan di atas termasuk dan tidak terhad kepada sebarang teks, grafik, reka letak, antara muka, logo, gambar, bahan audio dan video serta imej pegun.

3.3 Penyalahgunaan. Anda bersetuju bahawa anda tidak akan menyalahgunakan kandungan Perkhidmatan kami yang anda akses dan lihat, termasuk dan tidak terhad kepada memuat turun/menyimpan kandungan Perkhidmatan kami dengan cara yang menyalahi undang-undang/tidak dibenarkan, atau melanggar mana-mana hak cipta, tanda dagangan, reka bentuk, paten dan/atau hak harta intelek lain Bitsmedia, sekutu Bitsmedia atau pemberi lesennya/atau mana-mana pihak ketiga termasuk sebarang hak Bitsmedia, sekutu Bitsmedia atau pemberi lesennya atau mana-mana pihak ketiga yang wujud dalam kandungan Perkhidmatan kami.

3.4 Syarat Penggunaan Pihak Ketiga. Anda mungkin mendapati aplikasi pihak ketiga dalam Perkhidmatan kami semasa anda menggunakan Perkhidmatan kami yang mungkin termasuk dan tidak terhad kepada tapak web, widget, perisian dan/atau perkhidmatan yang berinteraksi dengan Perkhidmatan kami. Apabila anda menggunakan aplikasi pihak ketiga tersebut, anda akan tertakluk kepada syarat penggunaan atau terma lesen pihak ketiga tersebut. Kami tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang representasi, jaminan atau obligasi yang dibuat oleh aplikasi pihak ketiga kepada anda di bawah kontrak, undang-undang atau sebaliknya.

3.5 Pemeliharaan Hak. Kami memiliki semua hak yang tidak diberikan di bawah Syarat Penggunaan ini. Sebarang pelanggaran keperluan atau sekatan dalam Syarat Penggunaan ini akan mengakibatkan penamatan serta-merta dan automatik semua hak dan lesen yang diberikan di bawah Syarat Penggunaan ini.

4. LANGGANAN MUSLIM PRO PREMIUM DAN QALBOX (*jika berkenaan)

4.1 Langganan. Kandungan Muslim Pro Premium dan Qalbox disediakan dan boleh diakses hanya oleh pengguna berdaftar yang telah membuat pendaftaran pelan langganan ("Langganan"). Melainkan jika kami atau rakan kongsi kami yang diberi kuasa menyatakan yang sebaliknya, harga yang terpakai untuk pelbagai pelan langganan boleh didapati pada Perkhidmatan kami.

4.2 Cukai dan caj lain. Caj Langganan yang dinyatakan untuk setiap Langganan tidak termasuk sebarang cukai eksais, cukai jualan, cukai penggunaan atau yang sebagainya. Anda bersetuju dan mengakui bahawa Caj Langganan akan meningkat apabila mengambil kira mana-mana cukai tersebut (tidak termasuk cukai ke atas pendapatan bersih) yang kami mungkin perlu kenakan atau bayar semasa penjualan atau penghantaran Perkhidmatan kami. Anda bersetuju dan mengakui bahawa anda bertanggungjawab untuk semua caj untuk mengakses internet pihak ketiga, caj bank dan cukai yang tidak termasuk dalam Caj Langganan berkaitan dengan penggunaan Perkhidmatan kami yang mungkin berbeza berdasarkan pembekal perkhidmatan anda.

4.3 Kaedah Pembayaran. Anda mungkin dikehendaki memberikan maklumat peribadi tertentu kepada kami untuk tujuan pembayaran ("Caj Langganan") melalui akaun anda dengan pihak ketiga yang diterima pada Perkhidmatan kami ("Kaedah Pembayaran"). Anda bersetuju menerima terma dan syarat yang terpakai pada Kaedah Pembayaran yang telah anda pilih. Kaedah Pembayaran mungkin berbeza mengikut perkhidmatan, dan mungkin termasuk kad kredit atau kad debit dan/atau kaedah lain.

4.4 Ketepatan Maklumat Pembayaran. Anda mengakui dan bersetuju bahawa anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk ketepatan maklumat pembayaran yang anda berikan termasuk nombor akaun bank/ butiran kad kredit dan sebarang maklumat lain yang diperlukan untuk melengkapkan proses langganan. Anda membuat representasi dan menjamin bahawa anda mempunyai hak untuk menggunakan mana-mana kad kredit atau maklumat pembayaran lain (termasuk yang berkaitan dengan mana-mana Kaedah Pembayaran) yang anda berikan. Kami tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerugian yang berlaku, sama ada secara langsung, tidak langsung, sampingan atau berbangkit, termasuk dan tidak terhad kepada sebarang kerugian akibat kelewatan dalam pemprosesan arahan pembayaran atau sebarang penipuan kad kredit.

4.5 Invois. Invois akan dihantar kepada anda melalui e-mel yang anda berikan semasa proses pendaftaran sebaik sahaja pembayaran dilaksanakan melalui mana-mana Kaedah Pembayaran dan pengesahan penerimaan pembayaran tersebut telah dibuat oleh pembekal proses pembayaran, melainkan jika invois tersebut akan diberikan kepada anda oleh pembekal proses pembayaran.

Portal Pemprosesan Pihak Ketiga. Anda mengakui bahawa kami menggunakan portal pemprosesan pembayaran pihak ketiga untuk memproses dan memudahkan pembayaran Caj Langganan anda. Kami akan memberitahu anda jika anda telah berjaya melengkapkan Langganan anda. KAMI TIDAK MENGUMPUL, MENGAKSES, MENYIMPAN ATAU MEMPROSES SEBARANG MAKLUMAT KAD KREDIT ATAU KAD DEBIT KECUALI SEJAUH MANA YANG DINYATAKAN DALAM DASAR PRIVASI KAMI. SILA BACA JUGA DASAR PRIVASI DI TAPAK WEB PEMBEKAL PROSES PEMBAYARAN BERKAITAN DENGAN PENGGUNAAN, PENYIMPANAN DAN PERLINDUNGAN MAKLUMAT KAD KREDIT ATAU KAD DEBIT ANDA SEBELUM ANDA MEMBERIKAN SEBARANG MAKLUMAT KAD KREDIT ATAU KAD DEBIT.

5. SYARAT KOD

5.1 Sekiranya anda telah membeli atau menerima kupon prabayar, kod baucar, kad hadiah atau tawaran lain yang kami bekalkan/jual, atau yang dibekalkan/dijual bagi pihak kami untuk menebus Langganan bagi mengakses Perkhidmatan kami (“Kod”), anda hendaklah, setakat yang berkenaan, tertakluk kepada terma dan syarat pihak ketiga tersebut termasuk tempoh langganan, dasar pembatalan, dasar bayaran balik dan dasar pembayaran. Sekiranya anda tidak mempunyai sebarang akaun, anda akan dikehendaki membuka satu akaun dan menerima syarat pihak ketiga tersebut sebelum menebus dan mengakses Perkhidmatan kami.

5.2 Semua Kod adalah tertakluk kepada syarat, sekatan dan had berikut:

a. Kod dikeluarkan untuk satu kali penggunaan sahaja dan akan menjadi tidak sah secara automatik apabila penebusan berjaya;
b. Kod tidak boleh dijual semula, dibayar balik, ditukar atau didagangkan untuk wang tunai, perkhidmatan atau sebarang manfaat lain dengan mana-mana pihak ketiga;
c. Kami berhak untuk membatalkan atau menarik balik kesahihan dan penggunaan Kod tanpa notis atas mana-mana sebab berikut: (i) penipuan sebenar atau cubaan (ii) penggunaan yang tidak wajar (iii) pelanggaran terma dan syarat penggunaan Kod dan/atau (iv) untuk mempertahankan dan melindungi kepentingan kami secara munasabah; dan
d. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang Kod yang hilang, dicuri atau tamat tempoh.

6. PEMBAYARAN, PEMBAHARUAN DAN PEMBATALAN

6.1 Kaedah Pembayaran. Untuk pembayaran menggunakan kad kredit atau Kaedah Pembayaran yang lain, anda memberikan kuasa yang nyata kepada kami untuk mengecaj secara automatik Kaedah Pembayaran yang anda pilih bagi Caj Langganan penuh pada masa anda membuat permintaan untuk Langganan yang berkenaan dan menurut Syarat Penggunaan ini. Anda mengakui bahawa pengeluar sesetengah Kaedah Pembayaran mungkin mengenakan caj tertentu ke atas anda seperti caj urus niaga asing atau caj lain yang berkaitan dengan pemprosesan Kaedah Pembayaran anda. Anda kekal bertanggungjawab untuk sebarang jumlah yang belum dikutip. Jika pembayaran tidak berjaya diselesaikan atas sebab tamat tempoh, dana tidak mencukupi, atau sebaliknya, dan anda tidak membatalkan akaun anda, kami berhak untuk cuba mengebil semula Kaedah Pembayaran anda dan/atau boleh menggantung pengaksesan anda kepada Langganan tersebut sehingga kami berjaya menerima bayaran daripada Kaedah Pembayaran yang sah.

6.2 Perubahan kepada Langganan. Kami berhak mengubah syarat Langganan termasuk harga dari semasa ke semasa. Kami akan membuat percubaan yang munasabah secara komersial untuk memberikan notis awal kepada anda sekiranya kami mengubah Langganan anda termasuk tempoh Langganan, Caj Langganan dan/atau kitaran pengebilan anda. Anda boleh membatalkan Langganan anda jika anda tidak bersetuju dengan sebarang perubahan tersebut. Dengan terus menggunakan Perkhidmatan kami selepas perubahan tersebut berkuat kuasa, anda menerima perubahan tersebut termasuk harga dan caj baharu. Pembatalan Langganan anda akan berkuat kuasa sama ada sebelum atau pada akhir tempoh Langganan semasa. Sebarang perubahan pada Caj Langganan anda atau kitaran pengebilan anda akan berkuat kuasa sama ada sebelum atau hanya selepas tamat tempoh Langganan semasa anda telah dibilkan. Sehubungan itu, Caj Langganan atau kitaran pengebilan yang telah diubah hendaklah diselaraskan atau akan berkuat kuasa hanya selepas tamat tempoh Langganan semasa melalui Kaedah Pembayaran yang disediakan dan dipilih oleh anda.

Anda boleh mengubah Langganan anda pada bila-bila masa. Anda mengakui dan bersetuju bahawa pengubahan Langganan boleh mengakibatkan perubahan ke atas hari anda akan dicaj dan jumlah yang anda akan dicaj. Kami membenarkan anda mengubah Langganan sedia ada anda kepada yang lain (yang mempunyai tempoh yang lebih lama) mengikut budi bicara mutlak kami. Dalam kes sedemikian, anda dikehendaki membayar perbezaan harga untuk Langganan baharu yang akan dicaj sewajarnya. Kami akan membuat percubaan yang munasabah secara komersial untuk memberitahu anda terlebih dahulu tentang perubahan dalam Caj Langganan yang perlu dibayar. Langganan baharu akan berkuat kuasa dari tarikh anda memilih Langganan baharu. Bagi mengelakkan keraguan, kami tidak akan membuat sebarang bayaran balik sekiranya Caj Langganan baharu anda adalah lebih rendah daripada Caj Langganan sedia ada anda.

6.3 Kad kredit baharu. Setiap kali anda menambahkan kad kredit baharu pada akaun anda, caj kebenaran dalam jumlah yang kecil mungkin ditolak sekali oleh pengeluar anda untuk mengesahkan bahawa akaun anda aktif. Jumlah tersebut akan dikembalikan kepada anda secara automatik. Pengeluar anda akan memproses bayaran balik anda dalam tempoh 30 (tiga puluh) hari atau tempoh yang ditentukan oleh mereka.

6.4 Pembaharuan Secara Automatik. Apabila anda membuat pendaftaran Langganan, anda bersetuju bahawa Langganan anda akan diperbaharui secara automatik dan secara berulang berdasarkan tempoh Langganan awal anda, melainkan anda membatalkan Langganan anda (lihat Bahagian 6.5) atau membenarkan kami mengecaj Kaedah Pembayaran anda untuk tempoh pembaharuan tanpa memberikan notis kepada anda atau melainkan dikehendaki oleh undang-undang yang terpakai. Tempoh pembaharuan automatik adalah sama dengan tempoh Langganan awal anda. Kadar pembaharuan akan kekal sama seperti Langganan anda yang tidak termasuk sebarang harga promosi dan diskaun, melainkan dimaklumkan sebaliknya sebelum pembaharuan automatik tersebut. Dalam kes tersebut, anda berhak untuk membatalkan pembaharuan Langganan anda. Sila ambil perhatian bahawa sesetengah Kaedah Pembayaran mungkin tidak tersedia untuk semua pelan langganan. Jika Kaedah Pembayaran anda tidak dicaj secara automatik pada masa pembaharuan Langganan anda, anda dikehendaki membuat pembayaran untuk Caj Langganan sekiranya anda ingin meneruskan Langganan anda. Anda memahami dan mengakui bahawa tidak semua Kaedah Pembayaran akan dicaj untuk pembaharuan automatik dan Langganan anda TIDAK boleh diperbaharui secara automatik pada penghujung tempoh Langganan anda.

6.5 Pembatalan. Langganan anda akan diteruskan sehingga anda membatalkannya atau tempoh Langganan anda telah tamat atau telah kami tamatkan mengikut Syarat Penggunaan ini. Anda mesti membatalkan Langganan anda sebelum tarikh pembaharuan anda yang seterusnya untuk mengelakkan daripada dikenakan bil yang seterusnya. Walau bagaimanapun, anda boleh terus mengakses Langganan anda sehingga akhir tempoh Langganan. Jika anda membatalkan Langganan anda, pembatalan anda akan berkuat kuasa pada penghujung tempoh Langganan semasa anda. Untuk membatalkan Langganan anda, lawati halaman “Tetapan Profil” akaun anda di tapak web Qalbox dan batalkan Langganan. Jika anda membuat bayaran Langganan kepada pihak ketiga (seperti Apple App Store atau Android Play Store), anda mungkin perlu membatalkan Langganan dengan pihak ketiga tersebut.

6.6 Tiada Pengembalian Bayaran. KECUALI SEPERTI YANG DIHURAIKAN DI ATAS, BAYARAN TIDAK BOLEH DIKEMBALIKAN DAN TIADA PENGEMBALIAN BAYARAN ATAU KREDIT UNTUK TEMPOH YANG DIGUNAKAN SEPARUH. Kami mungkin memberikan diskaun atau ganjaran lain kepada sesetengah atau semua Pengguna yang telah membeli Langganan ("Kredit") pada bila-bila masa dan atas apa jua sebab sekalipun. Jumlah dan bentuk Kredit tersebut dan keputusan untuk memberikannya, adalah atas budi bicara mutlak kami. Sekali penerimaan Kredit tersebut tidak melayakkan anda untuk menerima Kredit tersebut pada masa hadapan, dan tidak juga mewajibkan kami untuk menyediakan Kredit pada masa hadapan dalam apa jua keadaan. Kami tidak akan bertanggungjawab apabila Pengguna dicaj dua kali jika mereka memilih untuk melanggan lebih daripada satu pelan Langganan pada masa yang sama.

7. PELAN LANGGANAN – PERCUBAAN

7.1 Dari semasa ke semasa, kami mungkin menawarkan langganan percubaan kepada anda untuk suatu tempoh tertentu secara percuma atau pada kadar yang dikurangkan selepas anda mendaftar dengan Perkhidmatan kami (“Percubaan”), tertakluk kepada penerimaan terma khusus Percubaan tersebut. Anda bersetuju bahawa pada hari pertama selepas tamat tempoh Percubaan, kami boleh mula mengenakan caj langganan berkala (dan sebarang caj dan cukai yang berkenaan) secara automatik ke atas akaun anda secara bulanan atau selang masa lain yang akan kami maklumkan kepada anda terlebih dahulu. Jika anda tidak ingin dikenakan caj tersebut, anda mesti membatalkan Langganan tersebut sebelum tamat tempoh Percubaan (lihat Bahagian 6.5). Untuk melihat caj langganan berkala dan tarikh tamat tempoh Percubaan, lawati halaman "Tetapan Profil" akaun anda di tapak web Qalbox dan jika anda melanggan dengan pihak ketiga (seperti Apple App Store atau Android Play Store), anda boleh melawati "Tetapan Langganan" mereka untuk melihat maklumat Percubaan.

Percubaan langganan hanya boleh digunakan sekali bagi setiap akaun berdaftar. Kami berhak untuk mengehadkan kelayakan atau tempoh Percubaan, menarik balik, atau mengubah suai terma dan syarat Percubaan pada bila-bila masa mengikut budi bicara mutlak kami tanpa notis awal dan tanpa liabiliti, setakat mana yang dibenarkan di bawah undang-undang yang terpakai. Sekatan mungkin dikenakan ke atas penggabungan Percubaan dengan tawaran lain.

8. SYARAT PENGGUNAAN TAMBAHAN QALBOX (*Hanya terpakai kepada Pengguna Muslim Pro yang menggunakan Qalbox)

8.1 Mengakses Qalbox. Atas budi bicara mutlak kami, Qalbox mungkin disediakan kepada anda melalui mod yang berbeza, termasuk melalui video on demand, penstriman dan/atau penstriman langsung dan/atau muat turun sementara untuk tontonan luar talian. Untuk mengakses Qalbox, anda perlu menggunakan komputer, peranti mudah alih, pemain media penstriman atau peranti lain yang memenuhi keperluan seperti yang kami tetapkan dari semasa ke semasa ("Peranti Serasi", setiap satu). Sila ambil perhatian bahawa Peranti Serasi mungkin tertakluk kepada syarat tambahan, dan ciri serta fungsi yang kami sediakan mungkin berbeza bergantung pada Peranti Serasi dan syarat Langganan anda.

8.2 Muat Turun Sementara. Kandungan Qalbox mungkin boleh dimuat turun secara sementara (seperti yang ditakrifkan di bawah). Muat Turun Sementara tersebut mungkin terhad kepada Peranti Serasi tertentu. Jika anda telah mencapai bilangan maksimum Peranti Serasi bagi setiap akaun, anda tidak akan dibenarkan memuat turun ke peranti tambahan. Mengikut budi bicara kami, tempoh masa muat turun sementara untuk tontonan luar talian tertentu mungkin berubah dari semasa ke semasa.

Bergantung pada pelan langganan anda, kami mungkin memberikan pilihan kepada anda untuk memuat turun sementara kandungan Qalbox tertentu pada Peranti Serasi tertentu untuk ditonton di luar talian (“Muat Turun Sementara”). Ini mungkin tertakluk kepada beberapa had termasuk: (a) bilangan maksimum Peranti Serasi yang boleh menyimpan Muat Turun Sementara; (b) bilangan maksimum Muat Turun Sementara yang boleh disimpan di dalam Peranti Serasi pada suatu masa tertentu; (c) tempoh masa Muat Turun Sementara akan disediakan kepada anda; dan (d) lokasi geografi dan sekatan main balik peranti.

8.3 Kualiti Kandungan. Kualiti penstriman kandungan Qalbox mungkin berbeza antara satu Peranti Serasi dengan yang lain dan mungkin dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti lokasi anda, sambungan internet anda dan sebagainya. Qalbox mungkin menggunakan pelbagai teknologi untuk memberikan anda pengalaman tontonan yang optimum. Kualiti kandungan Qalbox, termasuk resolusi, mungkin dipengaruhi oleh format kandungan Qalbox, lokasi anda, kelajuan dan kelebaran jalur perkhidmatan Internet anda serta jenis Peranti Serasi yang digunakan. Antara lain, sama ada terdapat HD dan 4K Ultra HD atau tidak dalam kandungan Qalbox yang disokong adalah bergantung pada perkhidmatan Internet anda dan keupayaan Peranti Serasi anda. Justeru, kami tidak membuat representasi atau jaminan tentang kualiti pengalaman tontonan anda pada skrin anda. Anda bertanggungjawab untuk semua caj untuk mengakses internet.

8.4 Hak untuk Menukar, Mengubah Suai atau Mengalih Keluar Kandungan. Kami berhak untuk menukar, mengubah suai, meningkatkan, meminda atau mengalih keluar mana-mana kandungan khusus pada Qalbox tanpa notis sebagaimana yang kami anggap sesuai dan perlu pada bila-bila masa. Kami tidak menjamin ketersediaan mana-mana kandungan khusus pada Qalbox. Ketersediaan dan/atau keupayaan anda untuk mengakses kandungan pada Qalbox adalah: (a) tertakluk kepada pematuhan anda kepada Syarat Penggunaan ini dan mengikut budi bicara mutlak kami; (b) bergantung pada lokasi geografi anda dan kami mungkin menggunakan teknologi dan kaedah yang berbeza untuk mengesahkan dan memastikan lokasi geografi anda; dan (c) atas syarat bahawa bukan semua kandungan pada Qalbox akan disediakan untuk semua Pengguna.

8.5 Akses Seluruh Dunia. Tertakluk kepada Seksyen 8.4, anda boleh mengakses dan melihat kandungan Qalbox di seluruh dunia selagi anda adalah Pengguna Langganan. Seperti yang dijelaskan dalam Dasar Privasi kami, kami mungkin memantau atau menggunakan teknologi dan kaedah yang berbeza untuk tujuan memperibadikan atau menyesuaikan pengalaman anda (iaitu membekalkan kandungan berdasarkan carian, minat dan pilihan anda).

8.6 Ciri Promosi dan Eksperimen. Sebagai sebahagian daripada inisiatif kami untuk sentiasa menambah baikkan dan meningkatkan Qalbox, kami mungkin memperkenalkan, menukar atau menawarkan ciri-ciri tertentu atau elemen-elemen lain kepada Qalbox, termasuk ciri-ciri promosi, antara muka pengguna dan harga. Dalam kes sedemikian, kami mungkin memerlukan anda menaikkan taraf atau memasang semula Perkhidmatan kami untuk kegunaan berterusan anda. Penggunaan sebarang kemas kini, pengubahsuaian atau versi terkini Perkhidmatan kami adalah tertakluk kepada Syarat Penggunaan ini dan sebarang syarat tambahan yang anda setujui apabila anda memasang kemas kini tersebut.

8.7 Penafian Kandungan. Kandungan yang tersedia di Qalbox mungkin menimbulkan reaksi yang berbeza di kalangan orang yang berbeza atau di kalangan masyarakat agama Islam yang berlainan mazhab, ideologi atau denominasi. Anda mungkin mendapati sesetengah kandungan Qalbox menyinggung perasaan, tidak senonoh, eksplisit atau tidak menyenangkan. Kami menyediakan penilaian kandungan, jenis, genre, kategori, penerangan dan/atau penafian sebagai cadangan untuk membantu anda membuat navigasi dan untuk tujuan maklumat. Anda mengakui risiko-risiko ini dan menerima tanggungjawab untuk membuat pilihan anda sendiri mengenai kandungan Qalbox yang sesuai untuk anda atau keluarga dan penonton anda.

9. KETIADAAN WARANTI

9.1 Perkhidmatan kami dan semua maklumat, bahan, perkhidmatan dan fungsi yang terkandung di dalamnya termasuk, perisian, program, data, pangkalan data, teks, grafik, gambar, animasi, audio, muzik, video, pautan atau bahan lain, akan dibekalkan " sebagaimana adanya" dan " sebagaimana tersedia”. TIADA SEBARANG WARANTI AKAN DIBERIKAN BERHUBUNGAN DENGAN PERKHIDMATAN KAMI ATAU SEBARANG MAKLUMAT DAN BAHAN YANG DISEDIAKAN MELALUI PERKHIDMATAN KAMI, TIDAK KIRA WARANTI TERSIRAT, TERSURAT ATAU BERKANUN, TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA MANA-MANA ​​WARANTI HAK, TANPA PELANGGARAN HAK PIHAK KETIGA, KEBOLEHPERDAGANGAN, KUALITI YANG MEMUASKAN, KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU DAN KEBEBASAN DARIPADA VIRUS TERTENTU ATAU KOD, EJEN, PROGRAM ATAU MACROS YANG BERNIAT JAHAT, YANG MEROSAKKAN DAN YANG MENCACATKAN. Tanpa prejudis kepada perkara di atas, kami tidak menjamin: (i) ketepatan, ketepatan masa, kecukupan atau kesempurnaan maklumat, bahan, perkhidmatan dan/atau fungsi yang disediakan melalui Perkhidmatan kami; (ii) bahawa penggunaan dan/atau pengaksesan anda ke Perkhidmatan kami, sebarang maklumat atau apa-apa bahan yang disediakan melalui Perkhidmatan kami, atau operasi platform yang menyediakan Perkhidmatan kami, tidak akan terganggu, selamat atau bebas daripada kesilapan atau ketinggalan atau bahawa mana-mana kecacatan yang dikenal pasti akan diperbetulkan; (iii) bahawa Perkhidmatan kami atau sebarang maklumat atau bahan yang disediakan melalui Perkhidmatan kami akan memenuhi keperluan anda atau bebas daripada sebarang virus atau kod, ejen, program atau makro yang berniat jahat, yang merosakkan atau yang mencacatkan; dan (iv) bahawa penggunaan Perkhidmatan kami dan/atau bahan yang dipaparkan pada Perkhidmatan kami tidak akan melanggar hak pihak ketiga.

10. BAHAN PENGGUNA

10.1 Bahan Pengguna. Sebagai sebahagian daripada Perkhidmatan kami, anda mungkin mempunyai peluang untuk menerbitkan, menghantar, menyerahkan, atau menyiarkan (secara kolektif, "Siaran") video, ulasan, komen, dan gambar pada Perkhidmatan kami ("Bahan Pengguna"). Mana-mana Bahan Pengguna boleh dilihat oleh orang awam dan tidak akan dianggap sebagai "Data Peribadi" di bawah undang-undang perlindungan data yang berkenaan. Anda mengakui dan bersetuju untuk mematuhi mana-mana dan semua undang-undang yang terpakai, serta mana-mana peraturan dan sekatan lain yang mungkin ditetapkan di dalam Syarat Penggunaan ini atau pada Perkhidmatan kami. Jika anda memilih untuk menggunakan mana-mana Bahan Pengguna secara terbuka, anda melakukannya atas risiko anda sendiri.

10.2 Lesen Bahan Pengguna. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai, dengan menyiarkan Bahan Pengguna, anda memberikan lesen terhad kepada kami untuk menggunakan, memaparkan (secara umum atau sebaliknya), mengeluarkan semula, mengedarkan, menyesuaikan, mengubah suai, memadam, menambah, menyediakan karya terbitan, melaksanakan, menerbitkan, dan/atau menggunakan, menganalisis dan mengeksploitasi Bahan Pengguna sedemikian di seluruh dunia secara terbuka, termasuk pada atau melalui mana-mana harta untuk selama-lamanya dalam sebarang format media dan mana-mana saluran media yang diketahui pada masa sekarang atau yang akan dicipta selepas ini, dan untuk sebarang tujuan (termasuk tujuan promosi, seperti testimoni).

Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai, lesen yang anda berikan kepada kami berkaitan dengan Bahan Pengguna anda telah dibayar sepenuhnya, boleh dipindah milik, tidak eksklusif, bebas royalti, tidak boleh ditarik balik dan boleh disublesenkan sepenuhnya. Selain itu, setakat yang dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai, kami bebas menggunakan sebarang maklum balas, idea, konsep, pengetahuan, atau teknik yang terkandung dalam Bahan Pengguna tersebut untuk sebarang tujuan, termasuk untuk membangunkan, mengilang, memasarkan dan menyediakan produk komersial dan perkhidmatan.

Kami tidak akan dikehendaki untuk memberitahu anda atau mendapatkan kebenaran anda untuk menggunakan Bahan Pengguna tersebut dan kami tidak akan dikehendaki untuk membuat sebarang pembayaran kepada anda atau kepada pihak ketiga berhubung dengan penggunaan Bahan Pengguna anda. Anda mengakui bahawa Bahan Pengguna anda tidak sulit dan anda tidak mengharapkan ia disulitkan.

10.3 Sekatan. Sebagai tambahan kepada sekatan yang dinyatakan dalam Bahagian 3 di atas, anda tidak boleh menyiarkan sebarang Bahan Pengguna yang:

a. anda tidak mempunyai hak untuk menyiarkan;

b. sangat berbahaya, mengganggu, mengeji, memfitnah, lucah, ponografik, pedofilik, mencaci, menceroboh privasi orang lain, penuh kebencian, atau tidak menyenangkan dari segi perkauman dan etnik, memperlekehkan, berkaitan dengan atau menggalakkan pengubahan wang haram atau perjudian, dalam apa jua cara yang boleh menyebabkan perselisihan di kalangan masyarakat Islam dari mana-mana aliran, ideologi atau mazhab atau menyalahi undang-undang dalam apa cara sekalipun;

c. melanggar mana-mana paten, tanda dagangan, reka bentuk, hak cipta, privasi, publisiti atau hak harta intelek lain atau hak milik mana-mana orang atau entiti;

d. melanggar mana-mana undang-undang yang terpakai;

e. menyamar sebagai orang atau entiti lain;

f. mengancam perpaduan, keharmonian, integriti, pertahanan, keselamatan atau kedaulatan mana-mana negara yang berkaitan, hubungan mesra dengan negara asing, atau ketenteraman awam atau menghasut untuk melakukan apa-apa kesalahan atau menghalang penyiasatan sebarang kesalahan atau menghina mana-mana negara lain. Anda juga membuat representasi dan menjamin bahawa penyiaran Bahan Pengguna tidak melanggar mana-mana hak mana-mana pihak, termasuk hak privasi, hak publisiti dan/atau hak harta intelek.

Anda membuat representasi dan menjamin bahawa anda mempunyai semua hak yang diperlukan untuk memberikan lesen di bawah Seksyen ini, dan bahawa Bahan Pengguna anda dan pembekalan Bahan Pengguna tersebut tidak melibatkan unsur penipuan, menyusahkan atau melanggar mana-mana undang-undang yang terpakai atau mana-mana hak mana-mana pihak ketiga. Kami tidak akan menanggung sebarang tanggungjawab atau liabiliti untuk sebarang Bahan Pengguna, dan anda bersetuju untuk mengetepikan secara tidak boleh ditarik balik sebarang hak atau remedi undang-undang, ekuiti, moral atau lain-lain yang anda ada terhadap kami di bawah undang-undang mana-mana negara yang terpakai berkenaan dengan Bahan Pengguna tersebut.

10.4 Hak Bitsmedia. Kami boleh membatalkan atau menghentikan penyiaran Bahan Pengguna dan/atau ketersediaan Bahan Pengguna dan sebarang keputusan yang dibuat adalah mengikut budi bicara kami dan adalah muktamad dan mengikat. Anda atau pengguna lain tidak dibenarkan memuat turun sebarang Bahan Pengguna atau mengambil tangkapan skrin yang sama kerana tindakan tersebut melanggar Syarat Penggunaan ini. Anda bersetuju bahawa kami berhak, tetapi tidak mempunyai kewajipan, untuk memantau Bahan Pengguna dan menyekat atau mengalih keluar Bahan Pengguna yang kami mungkin kenalpasti mengikut budi bicara mutlak kami sebagai tidak sesuai atau atas sebarang sebab lain.

Anda mengakui bahawa kami berhak untuk menyiasat dan mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya terhadap sesiapa sahaja yang melanggar Syarat Penggunaan ini, termasuk menamatkan akaun mereka, menamatkan, menggantung dan mengehadkan penggunaan Perkhidmatan kami atau pengaksesan Perkhidmatan kami dan/atau melaporkan Bahan, kelakuan atau aktiviti Pengguna kepada pihak berkuasa undang-undang, selain daripada remedi-remedi lain yang tersedia di bawah undang-undang atau ekuiti (termasuk untuk tujuan pematuhan kami terhadap undang-undang dan peraturan yang berkenaan).

11. PERKONGSIAN SOSIAL

11.1 Semasa menggunakan Perkhidmatan kami, kami mungkin membenarkan anda berkongsi maklumat tertentu dengan Pengguna lain dan perkhidmatan media sosial pihak ketiga (“Perkhidmatan Media Sosial”), khususnya maklumat tertentu tentang kandungan yang anda lihat atau akses secara peribadi melalui Qalbox (“Maklumat Kandungan”). Sila rujuk Dasar Privasi kami tentang cara Maklumat Kandungan anda boleh didedahkan kepada dan dikongsi dengan Pengguna lain atau pengguna Perkhidmatan Media Sosial yang lain.

12. HAK MILIK HARTA INTELEK

12.1 Bahan. Melainkan yang dinyatakan sebaliknya, semua kandungan yang disediakan pada Perkhidmatan kami (tidak termasuk Bahan Pengguna), termasuk tetapi tidak terhad kepada teks, grafik, logo, reka bentuk, gambar, ikon butang, imej, klip audio/video, Muat Turun Sementara, kompilasi data, nama, tanda dagangan, tanda perkhidmatan, identiti jenama, watak, nama dagangan, grafik, hak cipta, pakaian perdagangan, atau harta intelek lain, dan organisasi, kompilasi, rupa dan rasa Perkhidmatan kami (secara kolektif, “Bahan”) adalah milik kami atau penyedia perkhidmatan yang berkenaan, dan dilindungi di bawah hak cipta, tanda dagangan dan undang-undang hak harta intelek dan hak proprietari lain.

Semua hak, hak milik dan kepentingan yang ada pada Bahan akan kekal menjadi milik kami dan pembekal perkhidmatan kami dan tidak boleh digunakan atau diterbitkan semula tanpa kelulusan bertulis terlebih dahulu kami dan pembekal perkhidmatan kami. Kami tidak mempromosikan, memupuk atau membenarkan, dan secara nyata melarang mana-mana dan semua aktiviti, termasuk tetapi tidak terhad kepada penggunaan Perkhidmatan, Bahan atau Bahan Pengguna kami yang melanggar hak harta intelek kami, pembekal perkhidmatan kami dan pihak ketiga yang lain. Pelanggar mungkin tertakluk kepada liabiliti jenayah dan sivil, dan kami memiliki semua hak dan remedi terhadap mana-mana Pengguna yang melanggar Syarat Penggunaan ini.

Semua Pengguna Perkhidmatan kami mesti memastikan bahawa Bahan Pengguna yang dimuat naik oleh mereka tidak melanggar mana-mana hak cipta pihak ketiga. Kami akan mengalih keluar sebarang Bahan Pengguna dengan segera mengikut Akta Hak Cipta Milenium Digital jika kami dimaklumkan oleh mana-mana pihak ketiga tentang sebarang potensi pelanggaran atau pelanggaran sebenar oleh Pengguna. Sekiranya kami mendapati bahawa Pengguna meneruskan pelanggaran tersebut, kami akan menamatkan akaun Pengguna yang bersalah tanpa sebarang notis lanjut.

12.2 Akta Hak Cipta Milenium Digital. Kami menghormati dan komited untuk melindungi hak undang-undang pemilik hak cipta. Jika anda mempunyai sebarang alasan munasabah untuk mempercayai bahawa kandungan pada Perkhidmatan kami melanggar hak cipta anda, sila hantar e-mel kepada wakil kami di legal@bitsmedia.com untuk memberitahu kami tentang pelanggaran hak cipta menurut Tajuk 17, Bab 5 Seksyen 512 (c)(3) Kod A.S. Jika anda gagal berbuat demikitan, notis Akta Hak Cipta Milenium Digital mungkin tidak sah. Kami akan menilai setiap notis mengenai dakwaan pelanggaran hak cipta dan mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut undang-undang hak harta intelek yang berkenaan.

12.3 Notis dan Penyingkiran. Bab 63 Akta Hak Cipta Singapura (“Akta”) mengandungi peruntukan yang berkaitan dengan pengehadan liabiliti pembekal perkhidmatan rangkaian seperti Bitsmedia.

a. Jika pemilik hak cipta atau pemegang lesen eksklusif atau ejen mereka (“Pengadu”) memberikan notis yang sah dalam bentuk yang ditetapkan oleh Akta (“Notis Penyingkiran”) kepada kami (melalui wakil kami yang ditetapkan), ami akan mengambil langkah yang munasabah untuk menyingkirkan atau melumpuhkan akses kepada bahan yang berkaitan mengikut peruntukan Akta tersebut.

b. Berikutan penyingkiran atau pelumpuhan akses kepada bahan yang berkaitan, kami akan mengambil langkah yang munasabah untuk memberitahu orang yang menyediakan bahan tersebut (“Pembekal”) mengikut peruntukan Akta tersebut.

c. Jika Pembekal memberikan notis yang sah kepada kami (melalui wakil kami) dalam bentuk yang ditetapkan oleh Akta (“Notis Balas”) dalam tempoh enam minggu dari tarikh kami memaklumkan Pembekal mengenai penyingkiran atau pelumpuhan akses, kami akan mengambil langkah yang munasabah untuk memulihkan bahan yang berkaitan jika pemulihan boleh dilaksanakan secara teknikal dan praktikal, melainkan prosiding mahkamah telah dimulakan untuk menghalang pemulihan tersebut dan kami telah dimaklumkan secara bertulis mengikut peruntukan Akta tersebut.

d. Sila pastikan bahawa Notis Penyingkiran dan Notis Balas yang anda berikan kepada kami adalah menurut borang yang ditetapkan oleh Akta. Kami tidak akan bertindak atas sebarang notis melainkan notis itu adalah notis yang sah dalam borang yang ditetapkan oleh Akta.

e. Untuk makluman anda, Peraturan Hak Cipta (Penyedia Perkhidmatan Rangkaian) menetapkan borang untuk notis penyingkiran dan notis balas yang harus diberikan kepada pembekal perkhidmatan rangkaian.

f. Sila ambil perhatian bahawa Akta tersebut menyatakan bahawa seseorang yang membuat apa-apa kenyataan (di Singapura atau di tempat lain) yang palsu atau yang diketahui oleh orang tersebut adalah palsu atau tidak dipercayai sebagai benar, dan yang menyentuh mana-mana perkara yang penting berkenaan dengan objek Notis Penyingkiran atau Notis Balas akan dikenakan denda sehingga SGD 10,000 atau penjara sehingga dua tahun jika disabitkan. Orang tersebut juga harus membayar ganti rugi kepada mana-mana pihak yang mengalami apa-apa kerugian atau kerosakan yang boleh dijangkakan secara munasabah akibat penyingkiran atau notis balas tersebut.

Sila rujuk “Hubungi Kami” di bawah untuk menghubungi wakil kami.

13. PLATFORM DAN IKLAN PIHAK KETIGA

13.1 Platform Pihak Ketiga. Perkhidmatan kami mungkin disepadukan atau telah disepadukan dengan tapak web, perkhidmatan, aplikasi dan/atau platform pihak ketiga yang bukan di bawah kawalan kami. Anda diwajibkan untuk membaca semua syarat perjanjian penggunaan dan dasar privasi yang digunakan untuk produk atau perkhidmatan pihak ketiga tersebut. Jika anda mengakses Perkhidmatan kami dengan menggunakan peranti Apple iOS, Android atau Microsoft Windows atau peranti yang serupa, atau Apple Inc., Google, Inc., Microsoft Corporation atau organisasi lain yang berkaitan, setiap satunya akan menjadi benefisiari pihak ketiga tetapi bukan parti Syarat Penggunaan ini. Anda bersetuju bahawa pengaksesan anda kepada Perkhidmatan kami dengan menggunakan platform tersebut juga tertakluk kepada syarat penggunaan yang ditetapkan dalam syarat perkhidmatan benefisiari pihak ketiga yang berkenaan. Anda membuat representasi dan menjamin kepada kami bahawa anda telah membaca dan bersetuju dengan syarat tersebut.

13.2 Destinasi Pihak Ketiga. Sebahagian daripada Perkhidmatan kami mungkin mengandungi pautan ke tapak web pihak ketiga dan kandungan pihak ketiga. Anda bersetuju dan mengakui bahawa kami tidak mengendors atau menaja tapak web pihak ketiga, serta kandungan, pengiklanan atau bahan lain di tapak web pihak ketiga tersebut. Jika kami menyediakan pautan atau arah ke tapak web atau destinasi lain, anda tidak seharusnya membuat kesimpulan atau menganggap bahawa kami mengendalikan, mengawal atau berkaitan dengan tapak web atau destinasi lain ini. Apabila anda mengklik pada pautan dalam Perkhidmatan kami, kami tidak akan memberi amaran kepada anda bahawa anda telah meninggalkan Perkhidmatan kami dan adalah tertakluk kepada terma dan syarat (termasuk dasar privasi) tapak web atau destinasi lain. Syarat Penggunaan ini tidak mengawal penggunaan tapak web atau destinasi lain. Kami tidak bertanggungjawab ke atas kandungan atau amalan mana-mana tapak web atau destinasi selain daripada Perkhidmatan kami walaupun ia dipautkan kepada Perkhidmatan kami dan walaupun tapak web atau destinasi tersebut dikendalikan oleh syarikat gabungan kami atau syarikat yang berkaitan dengan kami. Anda mengakui dan bersetuju bahawa kami tidak akan bertanggungjawab kepada anda untuk sebarang kandungan atau bahan lain yang dihoskan dan disampaikan daripada mana-mana tapak web atau destinasi selain daripada Perkhidmatan kami.

13.3 Pengiklanan. Kami tidak membuat representasi atau menjamin bahawa iklan produk atau perkhidmatan pada Perkhidmatan kami atau kandungan (pihak ketiga) yang disediakan/dihoskan di tapak web pihak ketiga adalah benar dan betul. Kami tidak bertanggungjawab dan secara jelas menafikan sebarang liabiliti yang timbul akibat pengiklanan atau penggunaan produk atau perkhidmatan yang diiklankan. Sebarang urusan yang anda lakukan dengan pengiklan akibat penggunaan produk atau perkhidmatan yang diiklankan pada Perkhidmatan kami adalah antara anda dan pengiklan, dan anda bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau tuntutan yang mungkin anda ada terhadap pengiklan.

14. PERKHIDMATAN BARU DAN TERMA LAIN YANG BERKENAAN

14.1 Perkhidmatan Baharu. Selain daripada Syarat Penggunaan ini, penggunaan aspek khusus Perkhidmatan kami dan/atau versi Perkhidmatan kami yang lebih komprehensif atau yang telah dikemas kinikan mungkin tertakluk kepada terma dan syarat tambahan (“Syarat Tambahan”) yang akan berkuat kuasa sepenuhnya. Dengan bersetuju dengan Syarat Penggunaan ini, anda juga bersetuju dengan Syarat Tambahan tersebut.

Kami berhak (tetapi tidak diwajibkan) untuk memperkenalkan produk, aplikasi, program, perkhidmatan, fungsi dan/atau ciri baharu (secara kolektif, “Perkhidmatan Baharu”) dalam Perkhidmatan kami. Semua Perkhidmatan Baharu akan tertakluk kepada Syarat Penggunaan ini dan mungkin tertakluk kepada Syarat Tambahan yang anda perlu setujui sebelum mengakses dan menggunakan Perkhidmatan Baharu tersebut. Sekiranya berlaku sebarang percanggahan antara Syarat Penggunaan ini dan Syarat Tambahan, Syarat Tambahan akan diguna pakai setakat ketidakkonsistenan itu melainkan yang dinyatakan sebaliknya. Anda mungkin dikehendaki membuat bayaran tambahan untuk menggunakan atau mengakses Perkhidmatan Baharu.

14.2 Antara Muka Pengaturcaraan Aplikasi (API) Peta Google. Beberapa bahagian Perkhidmatan kami menggunakan API Peta Google. Dengan mengakses dan menggunakan bahagian Perkhidmatan kami yang menggunakan API Peta Google, anda bersetuju untuk terikat dengan Syarat Perkhidmatan Google dan Dasar Privasi Google yang mungkin dikemas kinikan dari semasa ke semasa.

15. PRIVASI DAN KERAHSIAAN DATA

15.1 Anda bersetuju bahawa semua maklumat dan/atau butiran yang anda hantar atau serahkan melalui Perkhidmatan kami adalah tidak sulit dan tiada hak milik melainkan jika anda menyatakan sebaliknya secara nyata. Kami mungkin mengumpulkan, menggunakan dan mendedahkan maklumat dan/atau butiran tersebut mengikut Dasar Privasi kami dan kami boleh mengemas kinikan dan/atau membuat pindaan terhadapnya dari semasa ke semasa.

16. INDEMNITI

16.1 Anda bersetuju untuk mempertahankan, menanggung kerugian dan tidak memudaratkan kami, syarikat gabungan, pemegang saham, pegawai, pengarah, pekerja, rakan kongsi pihak ketiga, pembekal perkhidmatan dan ejen kami, daripada dan terhadap apa-apa dan semua tuntutan, ganti rugi, obligasi, kerugian, liabiliti, kos atau hutang dan perbelanjaan (termasuk tetapi tidak terhad kepada caj guaman) yang timbul akibat: (i) penggunaan dan pengaksesan anda ke Perkhidmatan kami dan/atau sebarang perkhidmatan berkaitan; (ii) pelanggaran anda terhadap mana-mana terma Syarat Penggunaan ini; (iii) pelanggaran anda terhadap mana-mana hak pihak ketiga, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang publisiti, privasi atau hak harta intelek; (iv) pelanggaran anda terhadap mana-mana undang-undang yang terpakai; dan/atau (v) sebarang penggunaan akaun anda yang tidak dibenarkan, tidak wajar, menyalahi undang-undang atau salah oleh mana-mana orang, termasuk pihak ketiga, sama ada anda benarkan atau tidak. Kewajipan untuk menanggung ganti rugi ini akan kekal selepas tamat tempoh Syarat Penggunaan ini dan penggunaan Perkhidmatan kami atau apabila Syarat Penggunaan ini tamat dan anda menamatkan penggunaan Perkhidmatan kami.

17. HAD LIABILITI

17.1 Kami tidak akan bertanggungjawab dalam apa jua keadaan atau atas apa jua sebab sekalipun untuk sebarang kerosakan, kerugian atau perbelanjaan, termasuk kerugian langsung, kerugian tidak langsung, kerugian khas, kerugian berbangkit atau kerugian ekonomi, yang timbul daripada atau berkaitan dengan (i) sebarang pengaksesan, penggunaan atau ketidakupayaan untuk mengakses atau menggunakan Perkhidmatan kami; (ii) sebarang kegagalan sistem, pelayan atau sambungan, kesilapan, ketinggalan, gangguan, kelewatan penghantaran, virus komputer atau kod, program ejen atau makro lain yang berniat jahat, yang merosakkan atau yang mencacatkan; (iii) sebarang penggunaan atau pengaksesan ke mana-mana tapak web atau halaman web lain yang disediakan melalui Perkhidmatan kami; (iv) sebarang perkhidmatan, produk, maklumat, data, perisian atau bahan lain yang diperoleh atau dimuat turun daripada Perkhidmatan kami atau daripada mana-mana tapak web atau halaman web lain yang disediakan melalui Perkhidmatan kami atau daripada mana-mana pihak lain yang dirujuk oleh atau melalui penggunaan Perkhidmatan kami; atau (v) penggunaan atau penyalahgunaan anda terhadap Perkhidmatan kami, walaupun kami telah dinasihatkan bahawa kerosakan, kerugian atau perbelanjaan tersebut mungkin timbul. Kami tidak akan bertanggungjawab kepada anda, atau mana-mana pihak lain untuk: (a) jumlah terhutang daripada Pengguna Perkhidmatan kami yang lain berkaitan dengan pembelian mana-mana produk/perkhidmatan; (b) kerosakan yang timbul akibat muat turun, pemasangan, atau ketidakupayaan anda atau pihak ketiga yang lain untuk memuat turun atau memasang aplikasi untuk mengakses Perkhidmatan kami; dan/atau (c) cukai jualan, kastam dan/atau import atau eksport.


18. SISTEM PIHAK KETIGA

18.1 Sebahagian Perkhidmatan kami hanya boleh diakses dan/atau digunakan apabila anda log masuk ke sistem pihak ketiga seperti Facebook atau Google. Sebarang penggunaan atau pengaksesan ke bahagian Perkhidmatan kami dan sebarang maklumat, data, arahan atau komunikasi (“Komunikasi”) yang boleh dirujuk kepada akaun anda melalui sistem pihak ketiga tersebut (sama ada anda membenarkan pengaksesan, penggunaan atau Komunikasi tersebut atau tidak) hendaklah disifatkan sebagai (a) penggunaan atau pengaksesan anda ke Perkhidmatan kami dan/atau (b) Komunikasi yang anda hantar dan keluarkan secara sah. Anda akan terikat dengan sebarang pengaksesan, penggunaan dan/atau Komunikasi yang boleh dirujuk kepada akaun anda dengan sistem pihak ketiga tersebut, dan anda bersetuju bahawa kami berhak (tetapi tidak diwajibkan) untuk bertindak, bergantung pada dan/atau meletakkan tanggungjawab pada anda secara sepenuhnya seolah-olah andalah yang telah mengakses, menggunakan Perkhidmatan kami dan/atau menghantar Komunikasi tersebut.

18.2 Dalam apa jua keadaan sekalipun, sekiranya anda mengakses dan menggunakan sistem (termasuk sistem pemesejan), aplikasi, perkhidmatan, kandungan, bahan, produk atau program mana-mana pihak ketiga, kami tidak boleh ditafsirkan sebagai salah satu pihak kepada sebarang transaksi, jika ada, antara anda dan pihak ketiga tersebut atau bahawa kami mengendors, menaja, memperakui, atau terlibat dalam pembekalan perkhidmatan, produk, aplikasi atau program sedemikian yang boleh diakses melalui aplikasi atau perkhidmatan tersebut. Kami tidak akan bertanggungjawab dalam apa jua cara sekalipun untuk pengaksesan anda dan penggunaan sistem pihak ketiga (termasuk sistem pemesejan) atau untuk sebarang produk yang diperoleh dan/atau dibeli daripada atau perkhidmatan yang diberikan oleh mana-mana pihak ketiga tersebut. Tanggungjawab tersebut haruslah anda tanggung atau ditanggung oleh pihak ketiga yang berkaitan.

18.3 Anda mengakui dan bersetuju bahawa anda akan bertanggungjawab sepenuhnya untuk sebarang pengaksesan atau penggunaan sistem (termasuk mana-mana sistem pemesejan pihak ketiga), aplikasi, perkhidmatan, kandungan, bahan, produk atau program pihak ketiga melalui Perkhidmatan kami. Jika anda mengakses atau menggunakan mana-mana sistem (termasuk mana-mana sistem pemesejan pihak ketiga) atau aplikasi, perkhidmatan, kandungan, bahan, produk atau program mana-mana pihak ketiga melalui Perkhidmatan kami, anda mesti mematuhi terma dan syarat yang berkaitan untuk mengakses atau menggunakan sistem, aplikasi, perkhidmatan, kandungan, bahan, produk atau program pihak ketiga dan bertanggungjawab untuk pendaftaran dan penggunaan mana-mana nama pengguna atau kata laluan yang diperlukan untuk menyambungkannya. Khususnya, sekiranya pengaksesan dan penggunaan sistem (termasuk mana-mana sistem pemesejan pihak ketiga), aplikasi, perkhidmatan, kandungan, bahan, produk atau program pihak ketiga melalui Perkhidmatan kami dilarang (sama ada sepenuhnya atau sebahagian) oleh terma dan syarat pihak ketiga tersebut, sila hentikan sebarang pengaksesan dan penggunaan sedemikian secepat mungkin setelah mengetahui atau menerima notis larangan daripada pihak ketiga yang berkaitan. Kami tidak boleh dan tidak mengetahui serta tidak menjamin bahawa penggunaan Perkhidmatan kami bagi anda mengakses atau menggunakan sistem pihak ketiga (termasuk sistem pemesejan pihak ketiga) atau aplikasi, perkhidmatan, kandungan, bahan, produk atau program mana-mana pihak ketiga telah dibenarkan atau sama ada anda mematuhi sepenuhnya terma dan syarat pihak ketiga yang berkenaan. Sehubungan itu, anda tidak akan mempunyai apa-apa hak atau tuntutan, dan dengan ini anda mengetepikan apa-apa hak yang mungkin anda ada (jika ada) terhadap kami berkenaan dengan sebarang pelanggaran atau kegagalan untuk mematuhi terma dan syarat pihak ketiga yang berkaitan dengan pengaksesan anda dan/atau penggunaan sistem (termasuk mana-mana sistem pemesejan pihak ketiga), aplikasi, perkhidmatan, kandungan, bahan, produk atau program pihak ketiga melalui Perkhidmatan kami. Anda memberikan kuasa kepada kami dan ejen kami untuk mengakses sistem (termasuk mana-mana sistem pemesejan pihak ketiga), aplikasi, perkhidmatan, kandungan, bahan, produk atau program pihak ketiga yang telah anda tetapkan untuk mendapatkan semula kandungan atau maklumat yang anda minta atau untuk memproses atau mengakses fungsi atas permintaan anda. Dengan ini, anda melantik kami dan ejen kami sebagai ejen anda untuk tujuan yang disebutkan di atas. Di samping itu, setiap kali anda memberikan nama pengguna atau kata laluan anda untuk mengakses atau menggunakan sistem, aplikasi, perkhidmatan, kandungan, bahan, produk atau program pihak ketiga, anda akan dianggap sebagai telah memberikan kuasa kepada kami dan ejen kami untuk memproses permintaan anda dan menggunakan maklumat yang anda berikan.

19. PENAMATAN PERKHIDMATAN KAMI

19.1 Kami berhak untuk menamatkan, menggantung, mengehadkan atau menyekat langganan anda dengan segera (jika berkenaan) atau penggunaan dan/atau pengaksesan anda ke Perkhidmatan kami pada bila-bila masa, tanpa notis atau liabiliti kepada anda atau mana-mana orang lain, jika anda melanggar Syarat Penggunaan ini, mana-mana undang-undang atau peraturan, atau jika anda terlibat dalam sebarang kelakuan yang tidak sesuai berhubungan dengan Perkhidmatan kami termasuk langganan anda (jika berkenaan).

19.2 Tanpa mengehadkan perkara di atas, kami mungkin menyekat atau menggantung pengaksesan anda kepada akaun anda tanpa notis, atas sebab yang termasuk tetapi tidak terhad kepada (a) permintaan daripada penguatkuasa undang-undang atau pihak berkuasa kerajaan yang lain (b) isu atau masalah teknikal yang tidak dijangkakan atau (c) jika kami percaya secara munasabah bahawa akaun anda telah dibuat atau diakses secara fraud, atau seseorang telah menggunakan akaun anda untuk melakukan penipuan atau untuk sebarang tujuan lain selain daripada tujuan yang dimaksudkan dan mengikut semua keperluan yang terpakai.

19.3 Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, anda bersetuju bahawa kami tidak akan bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga untuk sebarang sekatan, penggantungan atau penamatan akses ke akaun anda.

19.4 Penamatan Syarat Penggunaan ini atas sebarang sebab tidak akan menjejaskan kewajipan anda untuk membuat bayaran penuh bagi sebarang Caj Langganan yang perlu dibayar jika bayaran untuk Caj Langganan tersebut belum diselesaikan.

20. PERUNTUKAN AM

20.1 Pemindahan/Penugasan. Syarat penggunaan ini dan sebarang kebenaran yang diberikan di bawahnya tidak boleh anda pindahkan atau tugaskan. Namun begitu, kami boleh pindahkan atau tugaskannya tanpa sekatan.

20.2 Kawalan Eksport. Perisian dan penghantaran data teknikal yang berkaitan dengan Perkhidmatan kami, jika ada, adalah tertakluk kepada kawalan eksport. Anda bersetuju untuk mematuhi semua undang-undang berkenaan perisian dan penghantaran data teknikal yang dieksport dari Amerika Syarikat atau negara tempat anda tinggal.

20.3 Force Majeure. Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kegagalan, kesilapan, gangguan atau kelewatan dalam melaksanakan kewajipan atau operasi Perkhidmatan kami, atau untuk sebarang ketidaktepatan, ketidakbolehpercayaan atau ketidaksesuaian kandungan yang disediakan melalui Perkhidmatan kami, yang diakibatkan oleh peristiwa atau kegagalan di luar kawalan munasabah kami sama ada secara keseluruhan atau sebahagiannya, dan sama ada secara langsung atau tidak langsung (termasuk tindakan Tuhan, bencana alam, pandemik, epidemik, peperangan atau keganasan, tindakan mana-mana kerajaan atau pihak berkuasa, gangguan bekalan elektrik, tindakan atau kegagalan mana-mana pengendali rangkaian telekomunikasi atau pembawa, atau tindakan pihak yang bukan di bawah tanggungjawab kami).

20.4 Meminda Syarat Penggunaan. Kami mungkin mengenakan terma dan syarat selanjutnya dan membuat pindaan kepada Syarat Penggunaan ini dari semasa ke semasa sebagaimana yang kami anggap sesuai mengikut budi bicara kami (termasuk terma atau pindaan yang membenarkan kami mengenakan atau menyemak caj penggunaan Perkhidmatan kami. Kami akan memberitahu anda tentang pindaan tersebut dengan menyiarkan pindaan pada aplikasi atau melalui kaedah pemberitahuan lain yang mungkin kami tetapkan (seperti melalui e-mel atau bentuk komunikasi elektronik lain), yang anda bersetuju akan menjadi notis yang mencukupi untuk tujuan klausa ini. Jika anda tidak bersetuju untuk terikat dengan pindaan tersebut, anda hendaklah menghentikan semua pengaksesan dan/atau penggunaan Perkhidmatan kami dengan serta-merta. Anda seterusnya bersetuju bahawa jika anda terus menggunakan dan/atau mengakses Perkhidmatan kami selepas anda telah dimaklumkan tentang pindaan tersebut, penggunaan dan/atau pengaksesan sedemikian hendaklah bersifat afirmatif bahawa: (i) anda mengakui Syarat Penggunaan ini dan pindaannya; dan (ii) anda bersetuju untuk mematuhi dan terikat dengan Syarat Penggunaan ini dan pindaannya.

20.5 Hak Pihak Ketiga. Selain daripada Bitsmedia, tiada orang atau entiti yang bukan merupakan pihak kepada Syarat Penggunaan ini akan mempunyai apa-apa hak di bawah Bab 53B Akta Kontrak (Hak Pihak Ketiga) Singapura, atau undang-undang lain yang serupa untuk menguatkuasakan mana-mana terma Syarat Penggunaan ini, tanpa mengira sama ada orang atau entiti tersebut telah dikenal pasti melalui namanya, sebagai ahli kelas atau sebagai menjawab penerangan tertentu. Untuk mengelakkan keraguan, hak mana-mana penerima pindahan Syarat Penggunaan yang dibenarkan tidak akan terjejas.

20.6 Notis. Sebarang notis atau komunikasi lain yang berkaitan dengan Syarat Penggunaan ini boleh diberikan secara elektronik jika ia dihantar ke alamat terkini yang dimaklumkan oleh penerima kepada pengirim. Apabila kami memberikan notis atau komunikasi tersebut kepada anda secara elektronik, notis atau komunikasi tersebut akan dianggap telah diterima apabila ia telah dihantar (laporan penghantaran yang kami terima akan menjadi bukti muktamad penghantaran walaupun anda tidak membuka komunikasi tersebut) dan jika notis atau komunikasi tersebut diberikan kepada kami secara elektronik, ia akan dianggap telah diterima apabila kami membukanya.

20.7 Pengenepian Tindakan Kelas. Jika dibenarkan di bawah undang-undang yang terpakai, anda dan Bitsmedia bersetuju bahawa masing-masing boleh membawa tuntutan terhadap yang lain hanya dalam kapasiti anda atau individu, dan bukan sebagai plaintif atau ahli kelas dalam mana-mana tindakan kelas atau prosiding perwakilan.

20.8 Undang-undang. Syarat Penggunaanini akan ditadbir oleh dan ditafsirkan mengikut undang-undang Singapura, tanpa mengambil kira percanggahan prinsip undang-undang. Anda bersetuju untuk akur kepada bidang kuasa bukan eksklusif mahkamah Singapura.

20.9 Kebolehpisahan. Jika mana-mana peruntukan atau sebahagian peruntukan Syarat Penggunaan ini adalah atau telah menjadi tidak sah, menyalahi undang-undang atau tidak boleh dikuatkuasakan, ia akan dianggap sebagai telah diubah suai pada tahap minimum yang diperlukan untuk menjadikannya sah dan boleh dikuatkuasakan. Jika pengubahsuaian sedemikian tidak mungkin dilaksanakan, peruntukan yang berkaitan atau sebahagian daripada peruntukan tersebut akan dianggap telah dipadamkan. Sebarang pengubahsuaian atau pemadaman sesuatu peruntukan atau sebahagian peruntukan di bawah klausa ini tidak akan menjejaskan kesahihan dan kebolehkuatkuasaan peruntukan yang lain dalam Syarat Penggunaan ini.

20.10 Versi Bahasa Inggeris Diutamakan. Jika Syarat Penggunaan ini diterjemahkan ke dalam bahasa selain daripada bahasa Inggeris, versi bahasa Inggeris akan diutamakan dan diguna pakai.

20.11 Komunikasi Elektronik. Kami hanya akan menghantar maklumat yang berkaitan dengan akaun anda seperti kebenaran pembayaran, invois, perubahan kata laluan, mesej pengesahan atau notis lain melalui borang elektronik sahaja.

20.12 Keseluruhan Perjanjian. Syarat Penggunaan ini merangkumi semua terma dan syarat yang dipersetujui antara anda dan kami dan menggantikan mana-mana perjanjian terdahulu berhubung dengan perkara Syarat Penggunaan ini, sama ada bertulis atau lisan. Sila ambil perhatian bahawa aspek tertentu penggunaan Perkhidmatan kami mungkin dikawal oleh perjanjian tambahan (contohnya, akses kepada promosi, tawaran, percubaan tertentu atau bersama-sama dengan perkhidmatan lain). Apabila anda diberikan tawaran untuk aspek penggunaan seperti itu, anda akan diberitahu tentang syarat tambahan yang berkaitan, dan anda mungkin perlu menyatakan persetujuan anda terhadap syarat tersebut. Setakat mana terdapat sebarang percanggahan antara mana-mana syarat tambahan dan Syarat Penggunaan ini, syarat tambahan akan diutamakan dan diguna pakai.

20.13 Hubungi Kami. Jika anda mempunyai soalan atau komen mengenai Syarat Penggunaan ini, sila hubungi kami di legal@bitsmedia.com. Anda juga boleh menghubungi kami melalui pos di alamat berikut:

Kumpulan Bitsmedia
Perhatian: Jabatan Undang-undang/ Syarat Penggunaan
1557 Jalan Keppel
#02-09/10
Singapura 089066

20.14 Sokongan Pelanggan. Jika anda memerlukan maklumat lanjut tentang Perkhidmatan kami atau jika anda memerlukan sebarang bantuan untuk akaun anda, sila lawati Pusat Bantuan Bitsmedia kami yang boleh diakses disini

 

Ada soalan lagi? Serah permintaan

Still need help?

Ask the Community