Muslim Pro & Qalbox - Panduan Pengguna

Online Support for the Muslim Pro mobile app

Dasar Privasi

Kemas kini terakhir: 22 Jun 2022 (Versi 3)

Muslim_Pro_and_Qalbox_Logo.png

Terima kasih atas sokongan berterusan anda terhadap aplikasi Muslim Pro.

Dasar Privasi ini terpakai kepada semua individu yang maklumat peribadinya boleh dikendalikan, sama ada oleh pengawal atau pemproses Kumpulan Bitsmedia (“Bitsmedia” atau “Kami”, termasuk Bitsmedia Holdings Ltd, anak syarikat, syarikat gabungan dan syarikat bersekutunya). Bitsmedia merupakan penerbit, pembangun, pemilik dan/atau pengawal aplikasi Muslim Pro yang terkemuka di seluruh dunia yang menyediakan ciri keagamaan, gaya hidup dan komuniti yang komprehensif (“Muslim Pro”) dan perkhidmatan Qalbox yang menyediakan platform penstriman interaktif yang membolehkan anda mengakses rancangan televisyen, filem dan kandungan hiburan yang lain (“Qalbox”).

Dasar Privasi ini terpakai apabila anda menggunakan bitsmedia.com, muslimpro.com, qalbox.com, aplikasi berjenama Muslim Pro dan semua tapak web, komunikasi dan perkhidmatan Kami yang berkaitan ("Perkhidmatan").

Privasi Anda adalah penting bagi Kami
Bitsmedia menghormati dan melindungi privasi pengguna Kami.

Kami memahami bahawa pengguna Kami mengambil berat tentang cara maklumat peribadi mereka dikumpulkan, digunakan, dikongsi dan dilindungi. Kami menghargai kepercayaan anda dan Kami akan menunaikan tanggungjawab Kami dengan penuh dedikasi dan secara waras.

Dasar Privasi ini menghuraikan cara Kami mengumpulkan dan memproses maklumat peribadi pengguna Kami (“anda” dan “milik anda”), cara Kami menggunakan dan melindungi maklumat tersebut dan hak anda berhubung dengan maklumat tersebut. Kami berbuat demikian dengan niat untuk meningkatkan Perkhidmatan Kami serta menambah baikkan dan meningkatkan pengalaman pengguna. Maklumat Peribadi merupakan maklumat atau gabungan cebisan maklumat yang secara munasabah membolehkan anda atau isi rumah anda dikenal pasti (“Maklumat Peribadi”).

Kecuali yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini, Bitsmedia tidak akan memberikan, menjual, menyewa atau meminjamkan sebarang Maklumat Peribadi kepada mana-mana pihak ketiga (termasuk broker data). Kami TIDAK akan menggunakan Maklumat Peribadi anda di luar skop Dasar Privasi ini.

Mempertimbangkan sifat dan ciri aplikasi Muslim Pro, sila maklum bahawa Kami mungkin mengumpulkan maklumat peribadi sensitif tentang anda, khususnya kepercayaan agama anda ("Maklumat Peribadi Sensitif”) secara inferens. Anda memahami bahawa pengumpulan dan pemprosesan maklumat tersebut adalah dipautkan secara intrinsik dengan penggunaan aplikasi Muslim Pro dan perkhidmatan yang Kami bekalkan kepada anda. Justeru, jika anda membantah pengumpulan Maklumat Peribadi Sensitif, anda tidak akan dapat menggunakan aplikasi Muslim Pro dan anda dinasihatkan supaya berhenti menggunakan aplikasi Muslim Pro.

Apabila anda menggunakan Perkhidmatan Kami, dan tertakluk kepada undang-undang yang terpakai, anda mengesahkan bahawa anda menerima cara Kami mengumpul, memproses, mendedahkan dan menggunakan Maklumat Peribadi anda. Jika di bawah undang-undang yang terpakai, persetujuan anda dikehendaki diperolehi melalui cara lain, Kami akan berbuat demikian menurut undang-undang yang berkenaan.

Bitsmedia Pte Ltd ialah pengawal data Maklumat Peribadi anda. Anda boleh menarik balik penerimaan dan persetujuan anda pada bila-bila masa dengan menghantar e-mel kepada Pegawai Perlindungan Data Kami (DPO) di dpo@bitsmedia.com. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa jika anda memutuskan untuk berbuat demikian, anda mungkin tidak lagi boleh menggunakan Perkhidmatan.
Sila baca Dasar Privasi ini, Dasar Kuki, Penafian dan Syarat Penggunaan Kami dengan teliti.

1. JENIS-JENIS MAKLUMAT YANG KAMI KUMPUL
Kami mengumpul Maklumat Peribadi anda daripada pelbagai sumber seperti yang dihuraikan di bawah. Anda boleh menggunakan Perkhidmatan Kami dengan akaun Muslim Pro atau tanpa akaun Muslim Pro.

1.1 Maklumat yang anda berikan kepada Kami sebagai pengguna berdaftar
Sekiranya anda mempunyai akaun Muslim Pro, Kami mungkin mengumpul dan memproses kategori maklumat berikut yang anda berikan atau sediakan kepada Kami:

a. Pengecam:

i. Butiran peribadi anda yang anda muat naik atau masukkan di aplikasi Muslim Pro (iaitu nama, tarikh lahir, jantina dan maklumat profil);

ii. Butiran hubungan anda (iaitu nombor telefon dan alamat e-mel); dan

iii. Butiran log masuk akaun anda (iaitu nama pengguna dan kata laluan) (disulitkan).

b. Maklumat kewangan: Maklumat kewangan tertentu (iaitu tarikh tamat tempoh kad kredit, jenis dan 3 digit terakhir nombor akaun (jika berkenaan).

c. Ciri-ciri yang dilindungi: Maklumat tertentu yang termasuk dalam profil anda (iaitu nama, negara,). Sila ambil perhatian bahawa ciri-ciri yang dilindungi hanya boleh dilihat oleh pengguna lain Perkhidmatan Kami jika anda memasukkannya secara sukarela sebagai sebahagian daripada maklumat profil anda.

d. Maklumat komersial: Maklumat yang berkaitan dengan keahlian anda (iaitu pelan langganan anda dan/atau perkhidmatan yang diminta).

e. Maklumat aktiviti: Gelagat penyemakan imbas dalam talian anda, keutamaan dan sebarang pengubahsuaian yang anda buat pada mana-mana tetapan dan aktiviti pengguna anda (iaitu carian Al-Quran atau ayat Al-Quran yang ditandakan, doa yang anda siarkan atau perkara yang telah ditunjukkan sebagai telah didoakan, rancangan yang telah anda tonton di Qalbox dan sebarang aktiviti lain di Perkhidmatan).

f. Maklumat visual: Gambar profil anda.

g. Maklumat tambahan lain: Apabila anda mengisi borang, menghantar permintaan kepada sokongan komuniti Kami, menjawab kaji selidik, menyiarkan sesuatu di forum, membuat penilaian dan ulasan serta menyertai promosi, peraduan, cabutan bertuah dan/atau kuiz.

1.2 Maklumat yang Kami kumpulkan secara terus apabila anda menggunakan Perkhidmatan Kami
Sama ada anda mempunyai akaun Muslim Pro atau tidak, kategori maklumat yang Kami kumpulkan apabila anda menggunakan Perkhidmatan Kami dan berinteraksi dengan Kami adalah seperti berikut:

a. Pengecam: Peranti yang telah anda gunakan untuk mengakses Perkhidmatan Kami (iaitu alamat IP, pengecam aplikasi/peranti, pengecam unik standard industri pengiklanan dan ID "untuk setiap pemasangan aplikasi" (yang Kami hasilkan apabila anda memasang aplikasi Muslim Pro dan yang kemudiannya dimusnahkan apabila aplikasi Muslim Pro dipadamkan daripada peranti anda)).

b. Maklumat komersial: Jika berkenaan, perkhidmatan transaksi tertentu pada Perkhidmatan Kami (iaitu jumlah yang dicaj, tarikh dan masa), cara anda menggunakan Perkhidmatan Kami (iaitu pilihan tajuk, halaman yang anda lihat, rancangan yang telah anda tonton, senarai kegemaran anda, carian yang anda buat dan sejarah penggunaan kandungan), tempat anda membuat langganan (iaitu bandar, negara, zon waktu, bahasa, status keahlian), butiran interaksi anda dengan perkhidmatan pelanggan Kami (iaitu tarikh, masa dan sebab untuk menghubungi Kami, transkrip perbualan dan rakaman lain), dan butiran interaksi anda dengan e-mel, mesej melalui push dan saluran pemesejan dalam talian Kami;

c. Maklumat peranti: Maklumat teknikal tentang peranti anda (iaitu pengeluar, model, sistem pengendalian dan versi), maklumat aplikasi Muslim Pro (aplikasi Muslim Pro bersama dengan jam tangan pintar, tarikh pemasangan aplikasi Muslim Pro, tarikh penggunaan terakhir, versi, tetapan konfigurasi dan perisian, tempoh sesi, maklumat penggunaan ciri, maklumat penyemak imbas) dan maklumat mudah alih (iaitu konfigurasi rangkaian mudah alih, nama dan negara operator mudah alih);

d. Data Geolokasi: Kami perlu tahu di mana anda berada (iaitu latitud, longitud dan altitud seperti yang dikomunikasikan oleh peranti anda) dan bandar yang telah anda pilih secara manual apabila anda menggunakan aplikasi Muslim Pro untuk mendapatkan maklumat tentang waktu solat, kiblat, tempat halal atau pencari masjid. Maklumat sedemikian akan sentiasa disimpan dalam peranti anda. Jika anda mempunyai akaun dengan Kami, maklumat lokasi terkini anda akan disegerakkan merentas semua peranti yang dikaitkan dengan akaun anda dan akan dihantar ke pelayan Kami. Jika anda tidak mempunyai akaun dengan Kami, maklumat lokasi akan disimpan dalam peranti anda tetapi tidak akan dihantar ke pelayan Kami.

e. Kuki dan teknologi yang seumpama: Kami dan rakan kongsi Kami mengumpul secara terus daripada anda maklumat tertentu daripada kuki, suar web dan teknologi yang seumpama (iaitu ID dan tetapan kuki, maklumat mengenai ketersediaan dan penghantaran iklan, tapak URL serta tarikh dan masa) untuk mengenali anda, menjejaki tingkah laku anda pada Perkhidmatan Kami dan peranti anda dan untuk menyesuaikan iklan yang disediakan untuk anda. Untuk maklumat lanjut tentang cara Kami menggunakan kuki dan cara anda boleh menguruskannya, sila lawati Dasar Kuki Kami.

1.3 Maklumat yang Kami kumpulkan daripada sumber lain
Maklumat ini merujuk kepada kategori maklumat yang Kami kumpulkan daripada syarikat lain yang mempunyai hubungan dengan anda (“Rakan Kongsi”), media sosial pihak ketiga dan sumber lain. Bergantung pada Perkhidmatan yang anda gunakan, Rakan Kongsi, pihak ketiga media sosial dan sumber lain tersebut mungkin memberikan maklumat berikut:

a. Pendaftaran melalui tapak Rakan Kongsi: Maklumat Peribadi yang anda berikan kepada tapak Rakan Kongsi apabila anda menggunakan tapak ini untuk mendaftar atau log masuk ke akaun Muslim Pro anda (iaitu Facebook, Apple atau Google). Perkhidmatan Rakan Kongsi boleh menghantar maklumat berikut kepada Kami:

i. Maklumat pengaktifan Perkhidmatan Kami: Butiran peribadi anda (iaitu nama) dan butiran hubungan (iaitu alamat e-mel);

ii. Pengecam: Maklumat peranti (iaitu alamat IP, ID peranti atau pengecam unik lain serta promosi prabayar yang berkaitan);

Maklumat ini dikawal oleh perkhidmatan Rakan Kongsi atau seperti yang dibenarkan oleh anda melalui tetapan privasi anda pada perkhidmatan Rakan Kongsi.

b. Media sosial pihak ketiga: Sesetengah ciri Perkhidmatan Kami membolehkan anda menyiarkan maklumat pada ciri awam Perkhidmatan Kami (iaitu menyiarkan doa) atau melalui tapak media sosial, pemalam atau aplikasi lain. Harap maklum bahawa maklumat sedemikian adalah terbuka di Perkhidmatan Kami dan bergantung pada tetapan privasi anda, maklumat tersebut mungkin juga menjadi maklumat umum di Internet. Kami juga mungkin menggunakan maklumat umum yang anda kongsikan untuk pelbagai tujuan seperti untuk menambah baikkan Perkhidmatan Kami dan memberikan anda kandungan yang berkaitan. Anda boleh mengawal maklumat yang anda kongsi melalui tetapan privasi yang tersedia pada beberapa tapak media sosial. Sila rujuk kepada dasar privasi dan syarat penggunaan tapak media sosial tersebut untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang amalan privasi mereka kerana ia tidak berada di bawah kawalan Kami.

2. BAGAIMANAKAH KAMI MENGGUNAKAN MAKLUMAT YANG KAMI KUMPULKAN
Maklumat yang Kami kumpulkan daripada anda akan membolehkan anda akses dan menggunakan Perkhidmatan Kami dalam persekitaran yang selamat. Untuk membantu Kami mencapai matlamat ini, Kami mungkin menggunakan maklumat anda untuk tujuan berikut:

2.1. Perkhidmatan Kami: Kami mungkin menggunakan maklumat anda untuk:

a. memudahkan penggunaan dan akses anda kepada Perkhidmatan Kami;

b. mengesahkan anda apabila anda log masuk ke Perkhidmatan Kami;

c. mempertingkatkan, memperibadikan atau menyesuaikan pengalaman anda (iaitu memberikan anda kandungan berdasarkan carian, minat dan pilihan anda);

d. menentukan lokasi geografi umum anda untuk mencadangkan kandungan dan menentukan sama ada kandungan yang anda minta tersedia di wilayah anda;

e. memproses pembayaran untuk Perkhidmatan Kami melalui pembekal perkhidmatan pihak ketiga;

f. menguruskan aktiviti keahlian dan akaun; dan

g. menyegerakkan tetapan merentas semua peranti yang dipautkan ke akaun anda (terpakai untuk Waktu Solat dan Perkhidmatan Qalbox).

2.2 Pengiklanan: Kami dan pengiklan pihak ketiga Kami menggunakan Maklumat Peribadi anda untuk menyampaikan iklan yang mungkin menarik minat anda (anda boleh merujuk di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pengiklan pihak ketiga Kami).

2.3 Pemasaran: Kami menggunakan maklumat anda untuk menghantar mesej promosi, surat berita, maklumat pemasaran dan maklumat lain yang mungkin menarik minat anda berdasarkan pilihan komunikasi anda. Kami dan rakan kongsi perniagaan pihak ketiga Kami juga menggunakan Maklumat Peribadi anda di dalam dan di luar Perkhidmatan Kami untuk menyampaikan iklan Perkhidmatan Kami kepada anda. Jika anda bersetuju, Kami dan pembekal perkhidmatan pihak ketiga dan/atau rakan kongsi perniagaan Kami juga boleh menggunakan maklumat anda dari semasa ke semasa untuk menguruskan tinjauan, soal selidik, loteri, peraduan, program rujukan, aktiviti atau acara promosi dan penyelidikan pasaran lain yang dikendalikan oleh Kami, syarikat gabungan Bitsmedia dan/atau rakan kongsi Kami.

2.4 Komunikasi: Kami menggunakan maklumat anda untuk menghubungi anda untuk memaklumkan dan mengemas kini anda tentang perubahan yang berkaitan dengan Perkhidmatan, serta untuk mengekalkan Perkhidmatan Kami dan untuk menjawab dan menyelesaikan permintaan, soalan dan isu sokong anda.

2.5 Keselamatan: Kami menggunakan Maklumat Peribadi anda sekiranya Kami fikir adalah perlu untuk menyiasat dan mencegah isu keselamatan dan penyalahgunaan.

2.6 Penyelidikan dan penambahbaikan perkhidmatan: Dalam usaha untuk memberikan anda perkhidmatan yang terbaik, Kami mungkin menggunakan maklumat anda untuk menjalankan penyelidikan bagi pembangunan Perkhidmatan Kami yang selanjutnya.

2.7 Undang-undang: Kami mungkin menggunakan maklumat anda untuk mematuhi kewajipan undang-undang yang terpakai pada Kami, melindungi harta intelek Kami (termasuk tetapi tidak terhad kepada hak cipta dan tanda dagangan Kami), menguatkuasakan Syarat Penggunaan Kami dan untuk bekerjasama dengan pengawal selia dan badan penguatkuasa undang-undang.

3. CARA KAMI BERKONGSI MAKLUMAT
3.1 Kami mungkin mendedahkan Maklumat Peribadi anda kepada pihak berikut:

a. Pembekal perkhidmatan: Kami berkongsi Maklumat Peribadi anda dengan pembekal perkhidmatan Kami yang melaksanakan perkhidmatan untuk menyokong operasi perniagaan Kami (contohnya, Kami mungkin melibatkan syarikat lain untuk memproses pembayaran yang selamat, menyediakan perkhidmatan pengesahan, menyediakan perkhidmatan penstriman dan penghantaran kandungan, memenuhi pesanan, melaksanakan analisis, menghantar surat berita dan e-mel pemasaran, mentadbir promosi, cabutan bertuah, peraduan dan tinjauan Kami, dan menyokong perkhidmatan e-mel dan pemesejan, untuk membantu Kami menentukan lokasi apabila anda menggunakan pencari Halal atau Masjid Kami dan perkhidmatan pengiklanan yang disasarkan). Kami terutamanya melaksanakan API Peta Google (Android) dan Lokasi CLL (iOS) untuk membantu anda menggunakan Perkhidmatan Kami. Ini tertakluk pada Syarat Perkhidmatan Google dan Dasar Privasi Google dan syarat Lokasi Teras Apple, yang mungkin dikemas kini dari semasa ke semasa. Anda mungkin menemui senarai lengkap penyedia perkhidmatan Kami dan dasar privasi masing-masing di sini.

Berkenaan dengan perkhidmatan pengiklanan yang disasarkan, jika anda ingin memahami lebih lanjut tentang penggunaan kuki pengiklanan yang terdapat dalam penyemak imbas anda, anda boleh melawat Inisiatif Pengiklanan Rangkaian dan Pilihan Iklan Anda. Kami tidak mempunyai akses kepada atau kawalan ke atas kuki, pengecam peranti platform atau teknologi lain yang mungkin digunakan oleh pengiklan pihak ketiga dan tidak bertanggungjawab ke atas amalan privasi mereka.

b. Syarikat Kumpulan Bitsmedia: Bitsmedia Holdings Ltd adalah syarikat induk Kami. Kami bekerjasama secara rapat dengan syarikat gabungan Kami yang termasuk dalam keluarga Kumpulan Bitsmedia (dirujuk secara kolektif sebagai "Afiliasi Bitsmedia"). Kami mungkin berkongsi data anda dengan Afiliasi Bitsmedia untuk tujuan pentadbiran perniagaan dalaman Kumpulan Bitsmedia.

c. Kewajipan Undang-undang: Kami mungkin berkongsi Maklumat Peribadi anda dengan pihak-pihak yang Kami percaya adalah perlu untuk mematuhi kewajipan undang-undang atau pengawalseliaan, atau untuk melindungi hak Kami atau hak mana-mana pihak ketiga.

d. Pembeli aset: Kami mungkin berkongsi Maklumat Peribadi anda dengan mana-mana pihak ketiga yang membeli, atau yang Kami pindahmilikkan, semua atau sebahagian besar aset dan perniagaan Kami. Sekiranya berlakunya penjualan atau pemindahan sedemikian, Kami akan berusaha secara munasabah untuk memastikan bahawa entiti yang menerima pindahan Maklumat Peribadi anda tersebut, akan menggunakan maklumat tersebut dengan cara yang konsisten dengan Dasar Privasi ini.

3.2 Kategori Maklumat Peribadi berikut boleh dikongsi dengan pihak-pihak yang disenaraikan di atas:

a. Pengecam;

b. Maklumat komersial;

c. Data geolokasi;

d. Maklumat peranti;

e. Maklumat aktiviti; dan

f. Kuki.

3.3 Untuk penduduk California sahaja: Undang-undang California menghendaki Kami menerangkan pendedahan tertentu tentang Maklumat Peribadi yang melibatkan kewangan atau pertimbangan yang lain. Undang-undang California menganggap pendedahan tersebut sebagai "jualan" walaupun ia tidak melibatkan penukaran wang. Jualan tersebut termasuk perkongsian Maklumat Peribadi Kami dengan pengiklan pihak ketiga seperti yang dihuraikan di bawah. Kategori Maklumat Peribadi berikut boleh dikongsi dengan pihak-pihak berikut:

a. Pengecam;

b. Data geolokasi; dan

c. Kuki.

4. TAPAK WEB PIHAK KETIGA
Perkhidmatan Kami mungkin mengandungi pautan ke tapak web pihak ketiga yang lain. Kami menggalakkan anda untuk mengambil tahu tentang tapak web pihak ketiga yang lain ini dan dasar privasi mereka kerana Kami tidak bertanggungjawab ke atas amalan privasi atau kandungan tapak web pihak ketiga ini.

5. PILIHAN ANDA DAN HAK ANDA KE ATAS MAKLUMAT PERIBADI ANDA
5.1 Pilihan anda: Dalam kes-kes tertentu, anda mungkin mempunyai pilihan untuk tidak memberikan maklumat anda kepada Kami. Walau bagaimanapun, pilihan anda untuk tidak memberikan maklumat anda boleh memberikan kesan kepada penggunaan ciri-ciri tertentu atau Perkhidmatan Kami secara keseluruhan. Sila rujuk di bawah tentang pilihan tertentu yang anda ada berhubungan dengan Maklumat Peribadi anda.

a. Akaun: Anda boleh menukar maklumat akaun anda dengan mengakses Akaun anda dan mengubah suai maklumat yang disenaraikan dalam "Edit Profil". Anda tidak perlu memberikan sebarang maklumat kepada Kami yang tidak diperlukan untuk menyediakan Perkhidmatan Kami.

b. Komunikasi Pemasaran: Dengan menghubungi Kami melalui Perkhidmatan Kami, anda boleh berhenti melanggan atau menarik diri daripada menerima komunikasi pemasaran Kami dengan menggunakan pautan "Nyahlanggan" di bahagian bawah e-mel automatik. Sila ambil perhatian bahawa walaupun anda telah menarik diri daripada menerima komunikasi pemasaran, Kami mungkin terus menghantar e-mel bukan pemasaran dan jenis komunikasi lain kepada anda, sepertimana yang dibenarkan oleh undang-undang, contohnya maklum balas kepada permintaan sokongan anda atau e-mel perkhidmatan yang berkaitan dengan akaun anda.

c. Kuki: Anda boleh mengawal penggunaan kuki di peringkat penyemak imbas. Jika anda memilih untuk melumpuhkan kuki, ia mungkin mengehadkan penggunaan anda terhadap ciri-ciri atau fungsi-fungsi tertentu dalam Perkhidmatan Kami. Untuk maklumat lanjut tentang cara Kami menggunakan kuki dan cara anda boleh mengurusnya, sila rujuk Dasar Kuki Kami.

5.2 Hak anda: Tertakluk kepada undang-undang berkenaan, anda mungkin mempunyai hak tertentu berkenaan dengan maklumat yang telah Kami kumpulkan dan yang berkaitan dengan anda. Kami menggalakkan anda untuk menghubungi Kami untuk mengemas kinikan atau membetulkan maklumat anda jika maklumat tersebut telah berubah atau jika anda percaya bahawa sebarang maklumat yang telah Kami kumpulkan tentang anda adalah tidak tepat.

Sila ambil perhatian bahawa Kami mungkin memerlukan maklumat tambahan daripada anda untuk memenuhi permintaan anda dan Kami mungkin menolak permintaan yang tidak munasabah atau tidak dikehendaki oleh undang-undang, termasuk permintaan yang sangat tidak praktikal, permintaan yang mungkin memerlukan usaha teknikal yang terlalu tinggi, atau permintaan yang boleh mendedahkan Kami kepada risiko operasi seperti penipuan percubaan percuma.

Sekiranya anda ingin menggunakan hak tersebut, sila hantar e-mel kepada Kami di dpo@bitsmedia.com

5.2.1 Hak anda di bawah undang-undang ke atas Maklumat Peribadi anda

a. Hak umum: Seperti yang dinyatakan di atas, anda mungkin mempunyai hak tertentu di bawah undang-undang dan limitasi tempatan yang terpakai, termasuk hak untuk:

i. mengakses Maklumat Peribadi anda (termasuk hak untuk menerima Salinan Maklumat Peribadi yang Kami proses serta sumber yang Kami kumpulkan);

ii. membetulkan maklumat yang Kami ada tentang anda;

iii. menghapuskan Maklumat Peribadi anda;

iv. mengenakan sekatan penggunaan Maklumat Peribadi anda ke atas Kami;

v. membantah penggunaan Kami ke atas Maklumat Peribadi anda;

vi. menerima Maklumat Peribadi anda dalam format elektronik yang boleh digunakan dan menghantarnya kepada pihak luar (hak untuk mudah alih data);

vii. arahkan Kami terlebih dahulu, tentang cara anda mahu Kami menguruskan Maklumat Peribadi anda selepas kematian anda; dan

viii. membuat aduan kepada pihak berkuasa perlindungan data anda.

b. Pemindahan Penyimpanan dan Pemprosesan Data Secara Global
Kami beroperasi secara global dan mungkin perlu memindahkan, menyimpan dan/atau memproses Maklumat Peribadi anda kepada syarikat gabungan Bitsmedia atau pihak ketiga di seluruh dunia untuk tujuan yang dihuraikan dalam Dasar Privasi ini. Kami akan mengambil langkah yang munasabah untuk melindungi privasi Maklumat Peribadi anda tidak kira ke mana Kami telah memindahkan, menyimpan atau memproses Maklumat Peribadi anda. Langkah-langkah ini mungkin termasuk melaksanakan klausa kontrak standard yang diiktiraf oleh undang-undang dan langkah-langkah tambahan yang berkaitan, mendapatkan persetujuan anda atau cara lain yang sah untuk memindahkan Maklumat Peribadi.

5.2.2 Peruntukan Tambahan yang terpakai kepada pengguna Kesatuan Eropah (“EU”).

a. Asas undang-undang untuk memproses Maklumat Peribadi anda: Sekiranya anda mengakses Perkhidmatan Kami daripada EU, Kami hendaklah mempunyai asas undang-undang untuk memproses Maklumat Peribadi anda. Kami bergantung pada asas undang-undang yang berbeza untuk Kami menggunakan Maklumat Peribadi anda:

i. Pelaksanaan kontrak: Maklumat anda mungkin perlu digunakan untuk melaksanakan terma dan syarat atau kewajipan dan polisi kontrak lain bagi menyediakan Perkhidmatan Kami kepada anda. Kegagalan untuk memberikan maklumat ini boleh menghalang atau melambatkan pelaksanaan kewajipan kontrak ini.

ii. Persetujuan: Kami akan mendapatkan persetujuan anda untuk menggunakan:

(a) maklumat teknikal seperti kuki dan teknologi yang serupa; dan

(b) maklumat anda untuk tujuan pemasaran dan pengiklanan.

Anda boleh menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa dengan menghubungi Kami mengikut maklumat di penghujung Dasar Privasi ini atau dengan mengikuti pautan berhenti melanggan dalam mana-mana komunikasi pemasaran yang anda terima daripada Kami.

iii. Kepentingan Sah: Kami menggunakan Maklumat Peribadi anda untuk kepentingan sah Kami iaitu bagi:

(a) memahami cara anda menggunakan Perkhidmatan Kami;

(b) menambah baikkan Perkhidmatan Kami;

(c) mengekalkan keselamatan Perkhidmatan; dan


(d) untuk berkongsi maklumat dengan Afiliasi Bitsmedia bagi tujuan pentadbiran dalaman.

Dalam keadaan sedemikian, Kami menyediakan perlindungan yang teguh untuk memastikan bahawa privasi anda dilindungi dan kepentingan sah Kami tidak diatasi oleh kepentingan perlindungan data anda atau hak asas dan kebebasan.

iv. Kewajipan Undang-undang: Dalam kes-kes tertentu, Kami juga mungkin mempunyai kewajipan undang-undang untuk mengumpul Maklumat Peribadi.

b. Hak Tambahan yang Terpakai kepada Pengguna California: Sekiranya anda adalah pemastautin California, anda boleh

i. mengetahui dengan lebih lanjut tentang sumber yang Kami gunakan untuk mengumpul Maklumat Peribadi, tujuan Kami mengumpul dan berkongsi Maklumat Peribadi, Maklumat Peribadi yang Kami ada, dan kategori pihak yang Kami kongsikan Maklumat Peribadi anda;

ii. meminta senarai semua pihak ketiga yang telah menerima pendedahan Maklumat Peribadi tertentu daripada Perkhidmatan Kami pada tahun sebelumnya untuk tujuan pemasaran langsung pihak ketiga tersebut. Seiranya anda seorang pemastautin California dan ingin mendapatkan senarai tersebut, sila hubungi Kami di dpo@bitsmedia.com, dan pastikan anda memasukkan pernyataan "Hak Privasi California Anda" dalam kandungan permintaan anda, serta nama, alamat jalan anda, bandar, negeri dan poskod; dan

iii. Sila ambil perhatian bahawa bergantung pada umur dan persetujuan anda, Kami akan membuat pendedahan tertentu mengenai Maklumat Peribadi yang ditakrifkan oleh undang-undang California sebagai “jualan” walaupun tidak berlaku penukaran wang (“Menjual Maklumat Peribadi anda”):

(a) Sekiranya anda berumur 13 tahun ke atas tetapi di bawah umur 16 tahun, anda boleh memilih untuk Menjual Maklumat Peribadi anda (anda boleh menggunakan hak tersebut di sini); atau

(b) Sekiranya anda berumur 16 tahun dan ke atas, anda boleh menarik diri daripada Menjual Maklumat Peribadi anda (anda boleh menggunakan hak tersebut di sini).

6. KESELAMATAN
6.1 Kami mengambil berat tentang keselamatan Maklumat Peribadi anda dan komited untuk memastikan keselamatan Maklumat Peribadi anda. Kami mengambil langkah teknikal dan organisasi (seperti tembok api, penyulitan data dan kawalan akses maklumat) untuk memastikan tahap keselamatan yang sesuai dengan risiko Maklumat Peribadi anda yang Kami proses. Langkah-langkah ini bertujuan untuk memastikan integriti dan kerahsiaan Maklumat Peribadi anda yang berterusan. Walau bagaimanapun, tiada syarikat boleh menjamin bahawa data tersebut tidak mungkin boleh diakses, didedahkan, diubah atau dimusnahkan akibat pelanggaran mana-mana perlindungan fizikal, teknikal atau pengurusan Kami. Tiada internet, e-mel atau penghantaran elektronik lain yang selamat sepenuhnya atau bebas kesilapan. Justeru, anda harus berhati-hati semasa membuat keputusan untuk menghantar maklumat anda kepada Kami. Kami turut memerlukan bantuan anda. Anda mempunyai tanggungjawab untuk memastikan bahawa Maklumat Peribadi anda adalah tepat dan kata laluan anda adalah unik, selamat dan tidak dikongsi dengan pihak ketiga.

7. BERAPA LAMA KAMI MENYIMPAN MAKLUMAT ANDA
7.1 Kami akan menyimpan Maklumat Peribadi anda selagi Kami mempunyai hubungan dengan anda (iaitu selagi anda mempunyai akses kepada Perkhidmatan dan untuk arkib di bawah tempoh-tempoh had yang berkenaan). Kami hanya akan menyimpan Maklumat Peribadi anda selepas tempoh ini sekiranya Kami dikehendaki berbuat sedemikian bagi tujuan mematuhi undang-undang tempatan, atau jika terdapat tuntutan atau aduan tertunggak yang secara munasabah memerlukan Maklumat Peribadi anda disimpan.
7.2 Sebagai pengguna, anda boleh mengakses Perkhidmatan tertentu tanpa perlu membuat atau log masuk ke akaun, dalam keadaan sedemikian, Kami mungkin tidak dapat menentukan status aktif anda. Oleh itu, jika anda ingin menggunakan hak anda untuk memadam, hantarkan e-mel kepada Kami di dpo@bitsmedia.com.

8. PRIVASI KANAK-KANAK
Walaupun Kami menyediakan kandungan yang sesuai untuk kanak-kanak, sebahagian besar Perkhidmatan Kami tidak disasarkan kepada individu di bawah umur 13 tahun, atau umur minimum lain yang memerlukan kebenaran diberikan bagi tujuan pengumpulan data di bawah undang-undang berkenaan. Justeru, Kami tidak mengumpul Maklumat Peribadi daripada sesiapa di bawah umur 13 tahun (atau umur minimum lain yang mungkin dihadkan di bawah undang-undang berkenaan) secara sengaja melalui Perkhidmatan Kami. Sekiranya anda adalah ibu bapa atau penjaga yang sah dan mendapati bahawa anak anda telah memberikan Maklumat Peribadinya melalui Perkhidmatan Kami tanpa kebenaran anda, sila hubungi Kami supaya Kami boleh mengalih keluar sebarang maklumat yang tidak dibenarkan.

9. PERUBAHAN KEPADA DASAR PRIVASI INI
Kami mungkin mengubah suai atau mengemas kinikan Dasar Privasi ini dari semasa ke semasa.
Versi terkini akan mengawal penggunaan Maklumat Peribadi anda dan akan sentiasa tersedia di support.muslimpro.com/privacy-policy, dan versi yang lebih lama akan disediakan atas permintaan. Kami akan memberitahu anda jika Kami membuat perubahan yang Kami fikir akan mendatangkan kesan yang signifikan terhadap hak anda. Jika tidak, anda bersetuju untuk menerima sebarang perubahan atau kemas kini kepada Dasar Privasi ini apabila anda terus menggunakan Perkhidmatan Kami.

10. HUBUNGI KAMI 
Sekiranya anda masih mempunyai soalan atau kebimbangan mengenai cara bagaimana Maklumat Peribadi anda digunakan, sila hubungi Kami melalui e-mel di dpo@bitsmedia.com atau anda juga boleh menghubungi Kami melalui surat fizikal di alamat berikut:

Kumpulan Bitsmedia
Perhatian: Jabatan Undang-undang/ Dasar Privasi
1557 Jalan Keppel
#02-09/10
Singapura 089066

Kami komited untuk bekerjasama dengan anda untuk menyelesaikan sebarang aduan atau kebimbangan mengenai privasi secara adil. Walau bagaimanapun, sekiranya anda percaya bahawa Kami tidak dapat memberikan bantuan kepada anda berkenaan dengan aduan atau kebimbangan anda, anda mempunyai hak untuk membuat aduan kepada pihak berkuasa perlindungan data anda. Bagi pengguna EU, senarai pihak berkuasa perlindungan data anda yang berkenaan boleh didapati di: https://edpb.europa.eu/about-edpb/board/members_en .

 

Ada soalan lagi? Serah permintaan

Still need help?

Ask the Community