Muslim Pro & Qalbox - Panduan Pengguna

Online Support for the Muslim Pro mobile app

Penafian

Kemas kini terakhir: 22 Jun 2022

Penafian ini mungkin berubah dari semasa ke semasa tanpa notis tetapi akan sentiasa terpakai. Sila sentiasa semak penafian ini sebelum menggunakan Tapak kami.

PENAFIAN TENTANG TAPAK WEB

Penafian tapak web terpakai kepada bitsmedia.com, muslimpro.com, qalbox.com, aplikasi berjenama Muslim Pro dan semua tapak web, komunikasi, dan perkhidmatan berkaitan termasuk semua aktiviti media sosial kami atau bagi pihak kami (“Tapak”) yang dimiliki dan/atau dikawal oleh Kumpulan Bitsmedia (“Bitsmedia” atau “kami”, iaitu Bitsmedia Holdings Ltd, anak syarikatnya, syarikat gabungan dan syarikat bersekutunya).

Maklumat yang diberikan di tapak web kami, sama ada secara keseluruhan atau sebahagian, adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. Kami mencuba sedaya upaya untuk memastikan semua maklumat yang diberikan di tapak web ini telah disahkan. Walau bagaimanapun, kami menegaskan bahawa tapak web kami hanya berfungsi sebagai panduan dan kami tidak membuat sebarang representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk, sama ada nyata atau tersirat, berkenaan dengan ketepatan, kecukupan, kesahihan, kebolehpercayaan, ketersediaan atau kesempurnaan sebarang maklumat di Tapak kami.

KAMI TIDAK MENANGGUNG SEBARANG LIABILITI DALAM APA JUA KEADAAN SEKALIPUN TERHADAP ANDA ATAS SEBARANG KEHILANGAN ATAU KEROSAKAN YANG ANDA ALAMI AKIBAT PENGGUNAAN TAPAK WEB KAMI ATAU KEPERCAYAAN APA-APA ​​MAKLUMAT YANG DISEDIAKAN DI TAPAK WEB KAMI. PENGGUNAAN TAPAK WEB DAN KEPERCAYAAN ANDA TERHADAP SEBARANG MAKLUMAT DI TAPAK WEB KAMI ADALAH ATAS RISIKO ANDA SENDIRI.

PENAFIAN TENTANG APLIKASI DAN/ATAU PERKHIDMATAN

Muslim Pro adalah aplikasi mudah alih utiliti dan maklumat yang menyediakan antara lain maklumat tentang waktu solat, jam azan, audio penuh Al-Quran dengan skrip Arab, fonetik, terjemahan, bacaan audio, panduan restoran halal dan masjid, pencari arah kiblat, kalendar Hijrah Islam termasuk perkhidmatan, maklumat, fungsi dan ciri lain yang disediakan melalui aplikasi tersebut (“Muslim Pro”).

Perkhidmatan Qalbox adalah platform penstriman interaktif sedunia yang  membolehkan pengguna mengakses dan melihat kandungan yang diperibadikan seperti rancangan televisyen, filem, video dan gaya hidup penganut Islam yang lain serta kandungan audio-visual hiburan, termasuk semua ciri, fungsi, alatan, antara muka pengguna, perisian hak milik yang berkaitan atau perkhidmatan lain yang ditawarkan pada platform dari semasa ke semasa (“Qalbox”), (Tapak Web, Muslim Pro dan Qalbox dirujuk secara kolektif sebagai “Perkhidmatan”).

Kami menekankan bahawa kami tidak bersekutu dengan dan tidak menyokong mana-mana organisasi politik, mazhab, ideologi atau denominasi.

Semua bahan, maklumat dan kandungan yang terdapat pada Perkhidmatan kami (“Kandungan”) adalah untuk maklumat umum dan tujuan hiburan sahaja dan tidak menggambarkan pendapat, ajaran, kepercayaan, ideologi atau pandangan mana-mana kumpulan agama, denominasi, mazhab atau organisasi politik tertentu. Kandungan tersebut mungkin diperoleh daripada pelbagai sumber, termasuk pembekal kandungan pihak ketiga, dan disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak bertujuan untuk menggantikan sebarang maklumat rasmi yang diberikan oleh masjid tempatan anda atau mana-mana pihak berkuasa agama lain.

Biarpun segala usaha diambil untuk memastikan Kandungan tersebut mempunyai standard dan kualiti yang tinggi, kami tidak membuat representasi tentang ketepatan, ketepatan masa, kecukupan atau nilai komersial maklumat tersebut. Pembekal kandungan juga tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang ketidaktepatan, kesilapan atau kelewatan yang ditemui dalam Kandungan tersebut serta sebarang tindakan yang diambil berdasarkan Kandungan tersebut. Pengguna Perkhidmatan bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengesahkan ketepatan, representasi yang betul dan sifat kesemua Kandungan tersebut sebelum bertindak atas maklumat yang diberikan.

Kami tidak bertanggungjawab untuk memantau atau menyemak mesej, siaran, penghantaran, dan seumpamanya pada atau yang boleh diakses melalui Perkhidmatan kami, dan kami tidak menanggung tanggungjawab atau liabiliti yang timbul daripada Kandungan tersebut ataupun untuk sebarang kesilapan, fitnah, tuduhan, cacian, ketinggalan, kepalsuan, kelucahan, pornografi, bahasa kesat, ketidaktepatan atau apa-apa bahan lain yang tidak menyenangkan yang terdapat pada Perkhidmatan kami.

PENAFIAN TENTANG KANDUNGAN AGAMA

Kami tidak semestinya bersetuju atau menerima ideologi, mesej, pendapat teologi dan pandangan penceramah yang terdapat pada Perkhidmatan kami. Sebarang kenyataan yang terdapat pada Perkhidmatan kami tidak bertujuan preskriptif dan anda haruslah membuat penilaian kendiri, menjalankan pengesahan anda sendiri dan membentuk pendapat anda sendiri.

Kami tidak bekerjasama dengan mana-mana gerakan, mazhab, kumpulan atau persatuan tertentu. Kami mengutuk dengan sekeras-kerasnya keganasan dan sebarang ekstremisme yang dilakukan atas nama Islam dan kami enggan mengaitkan diri kami dengan mereka yang mengamalkan dan membenarkan tingkah laku dan pemikiran sedemikian.

Kami mengiktirafkan dan menghormati sepenuhnya perspektif dan pandangan lain berkaitan dengan Kandungan tersebut. Kami tidak berniat dalam apa jua cara sekalipun untuk merendah-rendahkan, tidak menghormati, menjejaskan atau memperlekehkan kepercayaan, perasaan, sentimen dan kecenderungan mana-mana orang, komuniti, masyarakat serta budaya, adat resam, amalan dan tradisi mereka.

PENAFIAN TENTANG PAUTAN LUAR

Perkhidmatan kami mungkin mengandungi (atau mungkin dihantar kepada anda melalui Tapak) pautan ke tapak web atau kandungan lain yang dimiliki oleh atau berasal daripada pihak ketiga atau pautan ke tapak web dan ciri.  Kami tidak menyiasat, memantau atau memeriksa pautan luar tersebut untuk ketepatan, kecukupan, kesahihan, kebolehpercayaan, ketersediaan atau kesempurnaannya.

KAMI TIDAK MENJAMIN, MENGENDORS ATAU MENANGGUNG TANGGUNGJAWAB UNTUK KETEPATAN ATAU KEBOLEHPERCAYAAN SEBARANG MAKLUMAT YANG DITAWARKAN OLEH TAPAK WEB PIHAK KETIGA YANG DIPAUTKAN MELALUI PERKHIDMATAN KAMI ATAU CIRI YANG DIPAUTKAN DALAM MANA-MANA ​​BANNER ATAU LAIN-LAIN. KAMI TIDAK AKAN MENJADI PIHAK ATAU DALAM APA CARA SEKALIPUN BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MEMANTAU SEBARANG TRANSAKSI ANTARA ANDA DAN PENYEDIA PRODUK ATAU PERKHIDMATAN PIHAK KETIGA.

PENAFIAN TENTANG PROFESIONALISME

Perkhidmatan kami tidak boleh dan tidak mengandungi nasihat undang-undang atau nasihat agama. Maklumat tersebut disediakan untuk tujuan maklumat umum dan hiburan sahaja dan bukan pengganti nasihat undang-undang profesional dan nasihat agama. Sehubungan itu, sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat tersebut, kami menggalakkan anda supaya berunding dengan profesional yang sesuai.

 Semua Kandungan tersebut bertujuan untuk digunakan dan mesti digunakan untuk tujuan maklumat sahaja. Anda haruslah melakukan analisis berdasarkan keadaan peribadi anda sendiri sebelum membuat sebarang keputusan. Anda haruslah mendapatkan nasihat undang-undang bebas daripada professional, pihak berkuasa agama komuniti anda atau penyelidikan bebas untuk mengesahkan sebarang maklumat yang anda temui pada Perkhidmatan kami jika anda ingin menggunakannya.

PENGGUNAAN ATAU KEPERCAYAAN SEBARANG MAKLUMAT YANG TERKANDUNG PADA PERKHIDMATAN KAMI ADALAH ATAS RISIKO ANDA SENDIRI.

PENAFIAN TENTANG AFILIASI

Perkhidmatan kami mungkin mengandungi pautan ke tapak web syarikat gabungan kami, dan kami mungkin menerima komisen daripada syarikat gabungan tersebut untuk sebarang pembelian atau tindakan yang anda buat di tapak web syarikat gabungan kami melalui pautan tersebut.

PENAFIAN TENTANG KESILAPAN DAN KETINGGALAN

Walaupun kami telah berusaha untuk memastikan bahawa maklumat yang terkandung pada Perkhidmatan kami diperoleh daripada sumber yang boleh dipercayai, kami tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kesilapan, ketinggalan atau keputusan yang diperoleh daripada penggunaan maklumat ini. Semua maklumat dalam Perkhidmatan kami disediakan "sebagaimana adanya" dan "sebagaimana tersedia" tanpa jaminan kesempurnaan, ketepatan, ketepatan masa atau keputusan yang diperoleh daripada penggunaan maklumat tersebut, dan tanpa sebarang waranti, sama ada nyata, tersirat atau berkanun, termasuk tetapi tidak terhad kepada waranti hak milik, ketiadaan pelanggaran hak pihak ketiga, prestasi, kebolehdagangan, kualiti yang memuaskan, kesesuaian untuk tujuan tertentu dan kebebasan daripada virus atau kod, ejen, program atau makro yang berniat jahat, yang merosakkan atau yang mencacatkan.

Dalam apa jua keadaan sekalipun, kami, syarikat bersekutu kami, rakan kongsi atau syarikat yang berkaitan, atau rakan kongsi, ejen atau pekerjanya, tidak akan bertanggungjawab kepada anda atau sesiapa sahaja untuk apa-apa keputusan yang dibuat atau tindakan yang diambil berdasarkan maklumat yang terdapat dalam Perkhidmatan kami atau untuk apa-apa ganti rugi berbangkit, ganti rugi khas atau yang seumpamanya, walaupun kami telah dinasihatkan bahawa ganti rugi sedemikian mungkin timbul.

PENAFIAN TENTANG LOGO DAN TANDA DAGANGAN

Semua logo dan tanda dagangan pihak ketiga yang dirujuk dalam Perkhidmatan kami adalah tanda dagangan dan logo pemilik masing-masing. Sebarang tanda dagangan atau logo yang dimasukkan ke dalam Perkhidmatan kami tidak membayangkan atau membentuk sebarang kelulusan, pengendorsan atau tajaan pemilik logo dan tanda dagangan tersebut kepada kami.

 

Ada soalan lagi? Serah permintaan

Still need help?

Ask the Community