Pada 16 November 2020, media Vice melaporkan bahawa aplikasi waktu solat Muslim Pro menjual data peribadi penggunanya kepada Tentera AS. Hal ini tidak tepat dan tidak benar sama sekali.
Perlindungan dan penghormatan terhadap privasi pengguna kami adalah keutamaan Muslim Pro. Sebagai salah satu aplikasi Muslim yang paling dipercayai selama 10 tahun, kami mematuhi piawaian privasi dan peraturan perlindungan data yang paling ketat, dan tidak pernah berkongsi maklumat peribadi yang dapat dikenal pasti. Oleh kerana kami menyedari tentang situasi tersebut, kami telah melancarkan penyelidikan dan penyiasatan dalaman bagi meninjau tadbir urus data kami untuk memastikan bahawa semua data pengguna diurus selaras dengan semua persyaratan yang ada.
Walau bagaimanapun, sehubungan dengan kepercayaan yang diberikan oleh jutaan pengguna Muslim Pro setiap hari, kami segera memutuskan hubungan dengan rakan data kami - termasuk X-Mode, yang bemula empat minggu lalu. Kami akan terus mengambil semua langkah yang diperlukan untuk memastikan bahawa pengguna kami dapat mengamalkan ibadah mereka dengan ketenangan jiwa, yang tetap menjadi misi tunggal Muslim Pro sejak penubuhannya.
Kami bersedia untuk sebarang pertanyaan yang lebih lanjut.
Yang benar,
Zahariah Jupary
Muslim Pro - Ketua Komuniti
Press@muslimpro.com
Kenyataan Rasmi Muslim Pro
Ada soalan lagi? Serah permintaan
Still need help?
Ask the Community